Wednesday, May 11, 2016

Teguran Kepada Penerbit Video

Assalamu'alaikum wbt,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada tim penerbit video di bawah ini seandainya teguran kecil saya disalah pandang atau tidak disenangi, Walauoun terdapat banyak video seperti ini tapi saya menggunakan video Ustaz Don sebagai contoh hanya kerana ianya sahaja yang ada pada saya buat masa ini.

Harus saya nyatakan bahawa hampir kesemua video tazkorah dan motivasi mempunyai nilai tinggi baik dari segi penyampaian mahupun penerbitan. Namun, adakalanya terdapat kecacatan kecil yang harus diperbetulkan agar mesej yang hendak dapat diterima dengan mudah. Laqazimnya kecacatan kecil ini bukan dari pertututan kerana saya akui diri ini bukan saorang yang berilmu untuk menegur dari sudut itu.

Video Ustaz Don di bawah ini dan juga beberapa video lain, setiap satu dengan personaliti yang menarik dalam penyampaian mereka, lazimnya diiringi dengan muzik latarbelakang untuk memberi kesan atau efek yang mendalam kepada penonton. Namun adakalanya, penerbit terlupa atau terhayun dengan keghairahan produksi sehinggakan muzik iringan yang berperanan di latarbelakang sama atau lebih kuat bunyinya dari mesej yang hendak disampaikan melalui pertuturan sehingga ianya ditenggelami dan menyebabkan penonton tidak dapat mendengar mesej dengan jelas. Persoalan yang tertimbul merupakan yang manakah yang ingin disampaikan oleh penerbit: muzik atau tazkirah?

Sesuatu muzik yang digunakan di latarbelakang untuk mendapatkan efek tertentu merupakan hanya iringan. Maka peranan iringan itu sepatutnya tidak melebihi dari peranan utama di mana suara penyampai tidak dapat didengar dengan jelasnya. Apabila ini berlaku, maka mesej sebenar yang hendak disampaikan tidak sampai ke sasaran. Maka, seandainya boleh dan saya pasti dari segi teknikalnya, sememangnya boleh, direndahkan volum latarbelakang itu.

Tidak dinafikan ada yang tidak bermasalah dalam hal ini. Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan, ramai yang bermasalah atau tidak mengambil berat.

Seperkara yang kecil, jika dapat dipelbagaikan muzik latarbelakang. Ini memerlukan kerjasama ramai pihak dalam industri seni muzik terutamanya.

Maafkan teguran saya yang mungkin tidak bernilai ini.


Wassalam