Monday, March 24, 2008

Ayat Tenang Tenteram

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Ayat Tenang Tenteram

1)
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".
(al-Baqarah, 2: 248)

2)

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(al-Taubah, 9: 26)
3)
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) , dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) , kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Taubah, 9: 40)
4)
(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(al-Fath, 48: 4)
5)

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
(al-Fath, 48: 18)
6)
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Fath, 48: 26)

SAKINAH (TENANG-TENTERAM)
Di dalam al-Quran, Allah SWT menyebut SAKINAH menerusi enam ayat di atas. Semua ayat-ayat tersebut diturunkan ketika orang-orang beriman berada dalam keadaan susah, takut dan tidak stabil. Yang mana ayat-ayat di atas diturunkan ketika hari peristiwa Hijrah, hari perang Hunain dan hari perjanjian Hudaibiyah. Ketikamana golongan beriman tertekan dan cemas, Allah SWT memberikan SAKINAH secara khusus kepada mereka. Lalu hati mereka merasa aman, tenteram, lapang dan sejahtera. Begitulah Allah SWT lakukan terhadap golongan beriman yang ingat kepadaNya semasa waktu senang. Justeru Allah SWT membantu mereka semasa susah.

SAKINAH adalah nur, kekuatan dan ruh. SAKINAH meredakan ketakutan, menghiburkan orang yang bersedih dan cemas, menenangkan orang yang bengis dan hilang kawalan diri. Ia juga memberikan suntikan azam baru, ketabahan dan kecergasan. Apabila seseorang mendapat SAKINAH ia tidak akan melakukan maksiat. Ini kerana kelazatan, semangat, dan kenikmatan daripada SAKINAH lebih kuat menguasai dirinya daripada kelazatan maksiat.

Ketika susah, SAKINAH meneguhkan keyakinan seseorang terhadap janji Allah, di samping ia berusaha mengambil sebab untuk senang.

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah membaca Ayat SAKINAH ketika menghadapi kesusahan. Suatu ketika beliau ditimpa sakit kuat dan merasa lemah untuk melawan godaan syaitan, beliau meminta orang berdekatannya membacakan Ayat SAKINAH kepadanya. Selepas itu beliau merasa lega dan lapang. Ibn Qaiyyim juga telah cuba mengamalkan bacaan Ayat SAKINAH, beliau mendapati ia sangat berkesan untuk menetapkan hati yang berbolak-balik dan memberikan ketenangan.

Sumber: Madarij al-Salikin, http://www.nabulsi. com/

The Keepers of Hell

The Keepers of Hell

Standing over Hell are MIGHTY and STERN angels who never disobey Allah subhaanahu wa ta'ala Who has created them. They do whatever He commands them, as Allah subhaanahu wa ta'ala says:

"O you who believe! Save yourselves and your families from a Fire whose fuel is men and stones, over which are [appointed] angels stern [and] severe, who flinch not [from executing] the Commands they receive from Allah, but do [precisely what] they are commanded." (66:6)

Their number is nineteen as Allah (swt) says:

"Soon I will cast him into Hellfire. And what will explain to you what Hellfire is? Naught does it permit to endure, and naught does it leave alone! Darkening and changing the colour of man! Over it are nineteen [angels as guardians and keepers of Hell]" (74:26-30)

This number was a challenge to the kuffaar who thought that they would easily overcome such a small number, but they did not realise that one of these angels has the strength to confront the whole of mankind on his own. For this reason, Allah (swt) said in the next aayah:

"And We have set none but angels as guardians of the Fire, and We have fixed their numbers [19] only as a trial for the disbelievers. ." (74:31)

Ibn Rajab said, "What is known and well-established among the earlier and later generations (as-Salaf wal-Khalaf) is that the trial came about when the number of angels was mentioned and the kuffaar thought that it was possible to kill them. They thought that they would be able to fight and resist them. They did not know that humankind in its entireity would not be able to resist even ONE of them." (at-Takhweef min an-Naar, p.174)

These angels are the ones whom Allah subhaanahu wa ta'ala called the guardians of Hell:

"Those in the Fire will say to the keepers [angels] of Hell: "Call upon your Rabb to lighten for us the torment for a day!" (40:49)

Compiled from various sources.

Permission is granted to circulate among private individuals and groups, to post on Internet sites and to publish in full text and subject title in not-for-profit publications.

Note that an English translation of the Qur'an is an interpretation of the Qur'an, and does not have the perfect status as the Qur'an in its original Arabic form.

__._,_.___

About Starbucks

"Razali Abdullah" alsyamiraz@yahoo.com

Asma binti Abu Bakar

ust@


Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang
berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan
hidupnya tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang
dan kecerdasan berfikir, hingga dia
dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah)
dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.
Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan
Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan
ayahnya Abu Bakar.


Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka.
Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun
nithaqain”
yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.


Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan
dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia
memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung
makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika
Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah
akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang
lebih baik dan indah di syurga.


Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan
biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian,
Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya
suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak
segan
merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil
perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas
yang diberi nama Abdullah bin Zubir.


Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai
sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas
dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.
Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi
Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah
tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan
tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi
untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.
Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu,
Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.


Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah.Akhirnya,
dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah binZubir undur ke
Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saatsebelum
kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya bertanya,”Mengapa
engkau datang ke sini, padahal batu besaryang dilontarkan pasukan Hajjaj
kepada pasukanmu menggetarkan seluruhkota Makkah? “Aku datang hendak
meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat.
“Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku banyak yang
belot.Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau mungkin juga merekamenginginkan
sesuatu yang dijanjikan.



Tentera yang ada sekarangnampaknya tidak akan sabar bertahan lebih lama
bersama aku. “Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku
apa sajayang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia
meletakkansenjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan
sebagaiKhalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah. Asma’ menjawab
dengansuara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau
sendiriyang lebih tahu tentang dirimu. ”Apabila engkau yakin dalam
kebenaran, maka teguhkan hatimu sepertitentera engkau yang gugur.



Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan
dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau
mencelakakan diri sendiri, menjual murah sebuah kepahlawanan.”


Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa.
Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan
panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana
rasa hormat dan kasih kepadanya.
“Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,”kata Abdullah lembut.
“Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri kepadaHajjaj.



Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah
dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata
ibunya
tegas. “Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan
mencincang dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah
lagi. “Tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup
terhadap orang mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa
sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’. “Yang ibu khuatir kalau
engkau mati di jalan yang sesat,” sambung
Asma’ lagi. “Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk
melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku
bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan
ibu,” ucap Abdullah bersemangat.


Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan
dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid
menemui Allah.

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

"ust" ust_siber@yahoo.com

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yg ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapat kan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

The Levels of Hell


The Levels of Hell

There are variations in the degrees of heat in Hell, and in the levels of punishment which Allah (swt) has prepared for its inhabitants; there is not just one level.

As Allah says:

"Verily the hypocrites will be in the lowest depths [grade] of the Fire" (4:145)

It is said that both Paradise and Hell have different levels; the lower the level in Hell, the greater the intensity of the heat. The hypocrites will suffer the worst punishment, and so they will be in the lowest level of Hell.

Allah (swt) refers to the levels of Paradise and Hell in the Qur'an:

"For all there will be degrees [or ranks] according to what they did" (6:132)

"Is then one who follows [seeks] the good pleasure of Allah like the one who draws on himself the Wrath of Allah? His abode is Hell - and worst, indeed, is that destination! They are in varying grades with Allah, and Allah is All-Seer of what they do". (3:162-3)

'Abdur-Rahmaan ibn Zayd ibn Aslam said, "The levels of paradise go up and the levels of Hell go down" [Ibn Rajab, at-Takhweef min an-Naar, p.5]. It was reported from some of the Salaf that the sinners amongst the monotheists who enter Hell would be in the first level, the Jews would be in the second level, the Christians in the third level, the Sabians in the fourth level, the Magians in the fifth level, the polytheist Arabs in the sixth level and the hypocrites in the seventh level (1) Some books give names to these levels: the first is called Jahanam, the second Ladhaa, the third al-Hutamah, the fourth as-Sa'eer, the fifth Saqar, the sixth al-Jaheem, and the seventh al-Hawiyah.

There is no proof for this division of the inhabitants of Hell or the names that have been attributed to the various levels. The truth is that all of these names - Jahanam, Ladhaa, al-Hutamah, etc - are alternative names by which Hell in its entirety is known, and they are not applied to one part or another of it. It is also known that people will be placed in different levels of Hell according to the extent of their kufr and sins.

Compiled from various sources.

Permission is granted to circulate among private individuals and groups, to post on Internet sites and to publish in full text and subject title in not-for-profit publications.

Note that an English translation of the Qur'an is an interpretation of the Qur'an, and does not have the perfect status as the Qur'an in its original Arabic form.

__._,_.___

Riba!!! : Jangan Ambil Mudah

"ust" ust_siber@yahoo.com


Saya ingin menasihatkan umat Islam agar jangan memandang rendah dan remeh terhadap dosa Riba, sehingga boleh mencuba-cuba terlibat dalam sebarang aktiviti yang telah diputuskan oleh para ulama sebagai Riba secara sepakat. Antara bentuk Riba zaman moden adalah Pelaburan High Yield Investment Program (HYIP) melalui internet dan di sebarang institusi kewangan yang menjamin modal dan untung, pinjaman di bank-bank konvensional, kad kredit, insuran dan pelbagai lagi.

Sila peruntukkan sekadar waktu untuk melihat video mengikut tajuk di bawah.. klik tajuk di bawah untuk memahami lebih lanjut ttg riba..


Dalil Riba Uzar 1




Pelaburan & Hukumnya



FOREX



Jenis² Riba


Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada umatnya di dalam khutbah terakhir Baginda, supaya menjauhi riba’.

Keberkatan Harta kerana bebas dari riba’.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud ;

“ALLAH menghapuskan (keberkatan harta) riba’ dan menyuburkan (keberkatan harta) sedekah; Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa”.
(Al-Baqarah : 276)



Bebas Dari Urusniaga Riba’ (biasa disebut “Faedah” @ “Interest”). Kerana besarnya dosa riba’ itu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;

“Orang yang makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) , sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba’, padahal ALLAH telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba’), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum kedatangan larangan), dan urusannya (terserah) kepada ALLAH. Orang yang mengulangi (mengambil riba’), maka orang itu adalah penghuni-penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya”.
(Al-Baqarah : 275)

Ghuraba (Strangers)

Apa Mahatma Gandi kata tentang Muhammad s.a.w. ??

Im@

salam..

sempena mengingati tarikh maulid Nabi Muhammad s.a.w., saya konsikan 2 artikel menarik.

1) himpunan ungkapan2 terkenal/mashyur tentang nabi Muhammad s.a.w. dari perspektif non-muslims termasuk dari Encyclopedia Britannica, Michael H. Hart, Mahatma Gandhi dan lain-lain.

http://www.iluvisla m.com/v1/ readarticle. php?article_ id=938


2) Cinta Rasulullah s.a.w. dan Bilal r.a.
Ikuti tanda cinta sahabat terhadap Rasulullah s.a.w.
, yang sukar untuk kita temui sekarang.

http://www.iluvisla m.com/v1/ readarticle. php?article_ id=939

Semoga bermanfaat kpd shbt2 semua..Semoga kita semua mendapat perlindungan syafaat drpd Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak..amin. .

ABU BAKAR SHIDDIQ RA. MENCERITAKAN KEISLAMAN DAN KESULITANNYA

"ust" ust_siber@yahoo.com

ABU BAKAR SHIDDIQ RA. MENCERITAKAN KEISLAMAN DAN KESULITANNYA

Ketika Islam mulai berkembang, orang-orang yang baru memeluk Islam akan menyembunyikan ke-Islamannya. Memang Rasulullah saw. pun menganjurkan hal itu agar mereka tidak dianiaya. Setelah pemeluk Islam berjumlah 39 orang, Abu Bakar r.a. meminta izin kepada Rasulullah saw. agar diperbolehkan mendakwahkan Islam secara terbuka. Tetapi Nabi saw. melarangnya. Namun karena Abu Bakar r.a. mendesak Nabi saw., maka akhirnya Rasulullah saw. mengizinkannya. Kemudian.Abu Bakar r.a. meng-ajak seluruh orang Islam untuk berkumpul di Masjidil Haram. Ketika itulah Abu Bakar r.a. mulai menyampaikan khutbahnya, dan itulah khutbah per-tama dalam sejarah Islam. Pada hari itulah Hamzah r.a., paman Rasulullah saw. memeluk Islam, dan pada hari ketiganya, Umar bin Khaththab memeluk Islam

Ketika khutbah dimulai, kaum muslimin diserang oleh orang-orang kafir dari segala arah. Mereka pun menganiaya Abu Bakar Shiddiq r.a. hingga tubuhnya berlumuran darah. Padahal Abu Bakar r.a. adalah seorang yang terkemuka dan dimuliakan oleh masyarakat Makkah. Hidung dan

telinganya mengeluarkan darah sehingga orang-orang tidak dapat mengenali-nya lagi. Dia ditendang, dipukuli dengan sendal, diinjak, dan segala bentuk penganiayaan yang dapat mereka lakukan. Akhirnya Abu Bakar r.a. pengsan. Ketika Banu Taim (kaumnya Abu Bakar r.a.) mendengar hal itu, mereka segera mengangkat tubuh Abu Bakar r.a.. Mereka sangat pesimis terhadap keselamatan Abu Bakar r.a.. Mereka segera naik ke Ka'bah dan mengumumkan, "Jika dalam peristiwa ini Abu Bakar meninggal dunia, maka sebagai gantinya kami akan membunuh Utbah bin Rabiah!" Mereka mengatakan hal ini karena Utbah bin Rabi'ah yang sangat berperanan dalam peng­aniayaan tersebut.

Abu Bakar r.a. masih dalam keadaan pengsan hingga sore hari. Dia baru dapat berbicara pada petang harinya, walaupun terasa masih sulit. Ucapannya yang pertama adalah, "Bagaimana keadaan Rasulullah?" Orang-orang yang berada di sekitarnya mengira bahwa hal itu terjadi karena Rasulllah saw.. Walaupun selama sehari penuh dia pengsan dan hampir meninggal, tetapi ketika dia sadar, yang ditanyakannya adalah keadaan Rasulullah saw. Ini adalah karena rasa cintanya kepada Rasulullah saw.. Akhirnya mereka meninggalkan Abu Bakar r.a. dengan perasaan kesal.

Ternyata Abu Bakar r.a. masih mempunyai harapan untuk hidup dan mulai dapat berbicara. Ibunda Abu Bakar r.a. menyuruh Ummu Khair agar menyiapkan makanan dan minuman untuk Abu Bakar r.a.. Setelah siap, makanan itu dihidangkan kepada Abu Bakar r.a., namun dia menolak makanan tersebut. Keinginannya ketika itu hanyalah berita tentang kese­lamatan Rasulullah saw. Dia menyuruh ibunya agar menanyakan Rasulullah saw. kepada Ummu Jamil r.a. (saudara perempuan Umar r.a.). Karena per-mintaan anaknya yang terluka parah itu, maka ibunya menunaikan permintaan itu dengan pergi ke rumah Ummu Jamil r.a..

Setibanya di sana, ibunda Abu Bakar r.a. bertanya kepada Ummu Jamil r.a. tentang keadaan Rasulullah saw.. Ummu Jamil r.a. menyembunyikan ke-Islamannya karena dia baru memeluk Islam. Ummu Jamil r.a. berkata, "Saya tidak kenal dengan Muhammad dan Abu Bakar, tetapi izinkanlah saya melihat keadaan anakmu Abu Bakar." Maka mereka berdua segera menemui Abu Bakar r.a. yang terluka parah. Ummu Jamil r.a. menangis ketika melihat keadaan Abu Bakar r.a. yang terluka parah. Dia berkata, "Apa yang dila-kukan oleh orang-orang jahat itu? Semoga Allah saw. membalas kelakuan mereka." Lalu Abu Bakar r.a. bertanya kepada Ummu Jamil r.a., "Bagaimana keadaan Rasulullah?" Ummu Jamil r.a. memberi isyarat kepada Abu Bakar r.a. karena khawatir perkataannya akan didengar oleh Ummu Khair r.a., ibunda Abu Bakar r.a. yang ketika itu belum memeluk Islam. Abu Bakar r.a. berkata, "Jangan khawatir tentang ibu saya. Kabarkan kepada saya tentang keadaan Rasulullah." Ummu Jamil r.a. menjawab, "Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik dan sehat." Abu Bakar r.a. bertanya lagi, "Di manakah beliau berada saat ini?" Ummu Jamil r.a. menjawab, "Beliau berada di rumah Arqam r.a." Lalu Abu Bakar r.a. bersumpah, "Demi Allah, saya tidak akan makan dan minum, sebelum berjumpa dengan Rasulullah."

Sebenarnya ibunya sangat ingin memberi makan kepada Abu Bakar r.a., tetapi karena Abu Bakar r.a. bersumpah bahwa dia tidak akan makan sebelum berjumpa dengan Nabi saw. maka akhirnya ibunya tidak dapat menahan keinginan anaknya itu. Kemudian ibunya menunggu sampai jalan di depan rumahnya menjadi sepi, agar mereka dapat bertemu Nabi saw. tanpa diketahui orang.

Pada malam harinya, diajaklah Abu Bakar r.a. ke rumah Arqam r.a. untuk menjumpai Rasulullah saw.. Setelah keduanya bertemu, maka Abu Bakar r.a. segera memeluk Rasulullah saw.. Demikian juga Rasulullah saw. keduanya menangis, dan semua kaum muslimin yang ada di situ pun menangis, karena terharu melihat keadaan Abu Bakar r.a.. Kemudian Abu Bakar r.a. memperkenalkan ibunya, Ummu Khair kepada Rasulullah' saw. dan berkata, "Wahai Rasulullah, dia adalah ibu saya, berdoalah untuknya dan bujuklah dia agar mau memeluk Islam." Kemudian Rasulullah saw. men-doakan hidayah untuknya dan mengajarkan tentang Agama Islam. Dan saat itu juga, ibunda Abu Bakar r.a. masuk Islam.

Hikmah dari kisah di atas:

Seringkali orang menyatakan cintanya apabila berada dalam keadaan senang, gembira, dan menguntungkan. Tetapi cinta sejati hanya akan terlihat jika berada dalam keadaan sulit, musibah, dan tidak menguntungkan, namun perasaan cinta masih tetap bertahta di hatinya.

Bagaimana Bagi Mengekalkan Keintiman dengan Pasangan Walaupun Tanpa Melakukan Hubungan Seksual

"farhana -" finhappy_87@yahoo.com

Bagaimana Bagi Mengekalkan Keintiman dengan Pasangan Walaupun Tanpa Melakukan Hubungan Seksual

Dalam hubungan suami isteri, persoalan seks adalah amat penting. Kepuasan dalam kehidupan seks menentukan rasa puas hati terutamanya kepada lelaki. Namun begitu harus difahami bahawa rasa puas hati dan kepuasan seks ini tidak berhubung kait dengan kekerapan membuat hubungan seks.

Perkara paling penting dalam memuaskan kedua belah pihak adalah apa yang dikatakan sebagai ‘keintiman’. Dalam kata lain faktor seks hanyalah salah satu faktor kepada kepuasan rumah tangga, dan faktor yang paling penting adalah mewujudkan suasana keintiman. Pasangan yang intim adalah mereka yang berasa hubungan di antara mereka adalah erat dan rapat.

Satu persoalan timbul, tidak adakah hubungan kait di antara intim dan seks? Ya memang ada kaitan cuma mengikut kajian pakar psikologi seks bukanlah faktor wajib dalam keintiman. Maksudnya, sepasang suami isteri yang kurang melakukan seks boleh menjadi lebih intim daripada mereka yang kerap melakukan seks.

Namun begitu dalam situasi lain, aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada. Ertinya, pasangan yang sedia intim apabila menikmati hubungan seks yang baik, mereka menjadi lebih intim lagi.

Seks yang berkualiti adalah seks yang dilakukan dengan rasa rela, bersungguh-sungguh dan saling memuaskan. Ia tidak semestinya dilakukan dengan mengambil waktu yang panjang serta diiringi orgasma yang tinggi ataupun berkali-kali.

Berbalik kepada persoalan intim tadi, bagaimana sebenarnya mewujudkan keintiman tanpa melakukan hubungan seksual. Ini disebabkan pandangan terdahulu sudah dinafikan dengan pernyataan bahawa faktor intim dan faktor seks adalah berbeza cuma mereka lengkap melengkapi sahaja. Sebelum kita pergi kepada bagaimana mewujudkan keintiman kita melihat bagaimana kita hendak mengukur darjah keintiman.

Kayu Ukur Keintiman

Perhubungan suami isteri yang memuaskan adalah perkara yang penting dalam sesebuah rumah tangga. Bagaimanakah kita mahu mengukur darjah kepuasan ataupun keintiman itu? Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu caranya dengan melihat beberapa aspek dalam perhubungan rumah tangga.

Aspek pertama ialah apakah perhubungan suami isteri sekarang ini memenuhi apa yang kita harapkan? Ini sebenarnya persoalan pokok dalam berumah tangga. Sebelum kita berumah tangga pelbagai perkara indah sudah kita gagaskan dalam kehidupan tersebut. Kesemuanya indah-indah belaka. Si bakal isteri mengharapkan pasangannya nanti dapat menjadi suami yang paling romantik di dunia. Manakala si bakal suami mempunyai harapan agar si isteri dapat menjadi sahabatnya dalam apa jua keadaan.

Namun begitu pernahkah pengharapan- pengharapan ini dibincangkan bersama ataupun masing-masing hanya tinggal mengharap sahaja? Si isteri berharap si suami tahu apa yang dia harapkan dan begitu juga sebaliknya. Mengikut kajian, pengharapan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, pertama pengharapan kepada pasangan dan pengharapan kepada perhubungan.

Kita mungkin mengharapkan pasangan yang kita kahwini menjadi seorang yang setia, melayani kita dengan lemah lembut dan kita mahukan pasangan yang bertanggungjawab dalam melayari bahtera rumah tangga. Apabila segala harapan ini dipenuhi, kita berasa puas hati dan bahagia.
Reaksi kecewa dalam perhubungan suami isteri berlaku apabila pasangannya tidak memenuhi harapan yang ingin dipenuhi. Situasi ini selalu berlaku dalam suasana masyarakat kita sekarang. Namun begitu tidak ramai di kalangan kita yang bertanya kepada pasangannya mengenai harapannya terhadap kita, begitu juga kita pula tidak pula memberitahu harapan kita kepadanya. Masih belum terlambat bagi memulakan sesuatu yang baik. Pergilah kepada pasangan kita dan mulakan bicara mengenai pengharapan bersama. Pintu bahagia sentiasa bersedia bagi dibuka oleh semua.

Pengharapan jenis kedua meletakkan kita berharap agar pasangan kita ini sentiasa mesra, saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan masing-masing ingin sentiasa bersama dalam apa sahaja keadaan. Kita juga mengharapkan agar pasangan kita sentiasa memberitahu apa yang difikirkan dan dirancangnya sebelum melakukan sebarang keputusan. Walaupun keintiman, kepuasan dan kebahagiaan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana kedua-dua pasangan suami isteri menikmati apa yang mereka harapkan, namun kebanyakan orang tidak pernah bertanya kepada pasangan mereka perkara-perkara yang mereka harapkan.

Ingatlah semakin banyak kita mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang kita nikmati. Semakin kurang mendapat apa yang diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang kita alami.

Aspek kedua dalam keintiman perhubungan ialah sama ada kedua-dua belah pihak memahami hati sanubari masing-masing. Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang. Cuba kita fikirkan sama ada kita ini adalah pasangan yang memahami fikiran pasangan kita ataupun tidak?
Salah satu tanda sepasang suami isteri memahami hati sanubari masing-masing ialah apabila kita bercakap dengan pasangan kita seperti bercakap dengan dua orang yang mempunyai satu kepala. Kita bersetuju dan saling sokong menyokong pandangan masing-masing. Salah satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah perbezaan juang pengetahuan dan pendidikan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seorang yang berkelulusan sekolah menengah memahami pemikiran seseorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah terutamanya mengenai angan-angan, impian dan fantasinya.

Aspek keintiman yang ketiga ialah sama ada kita dengan pasangan kita saling mengambil berat di antara satu sama lain. Pasangan yang intim sentiasa mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai pasangan suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya. Sangkaan ini adalah seratus peratus salah disebabkan pasangan kita tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita.

Ini menyebabkan pasangan kita mengagak-agak sahaja apa yang dia patut buat, ataupun tidak bagi memuaskan kita. Akibatnya apabila agakannya salah, kita berasa pasangan tidak mengambil berat mengenai diri kita dan ini membuat kita berasa tidak puas hati dan tidak bahagia.

Aspek keempat keintiman ialah saling percaya mempercayai. Di sini kedua-dua pihak saling mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Kita dan pasangan kita juga saling harap-mengharapkan dan kita mempunyai tekad dan komitmen bersama bagi terus saling cinta-mencintai hingga akhir hayat.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bahawa bukan semua perkahwinan menikmati keintiman, kepuasan dan kebahagiaan. Malah tidak semua pasangan suami isteri kekal tidak bercerai merupakan pasangan intim, puas dan bahagia. Pengharapan suami isteri tidak pernah betul-betul serupa, tetapi tidak dinafikan ada jenis-jenis harapan biasanya serupa antara suami isteri.

Kedua-dua pengharapan iaitu pengharapan kepada pasangan dan perhubungan sangat penting. Maka setiap pasangan kekasih ataupun suami isteri harus belajar bagaimana teknik-teknik mencipta keintiman agar sama-sama menikmati rasa kepuasan di dalam perhubungan cinta mahupun perkahwinan.


Mewujudkan Keintiman

Perhubungan yang intim adalah apabila kita merasakan diri kita difahami dan diterima oleh pasangan kita. Begitu juga kita percaya bahawa pasangan kita juga boleh menerima dan terbuka bagi menghadapi kekurangan dan kelebihan kita. Keintiman boleh jadi melibatkan intelektual, emosi dan fizikal.

Keintiman adalah apabila kita mendengar dengan baik apa sahaja yang dikatakan oleh pasangan kita, bertukar-tukar pandangan serta idea, berkongsi perasaan antara satu sama lain tanpa sebarang ketakutan dan juga cuba memahami mengapa kita serta pasangan kita melakukan apa yang dilakukan. Perkara yang paling penting dalam mewujudkan keintiman adalah cara berkomunikasi dengan pasangan kita.

Kita boleh berkomunikasi dengan perkataan, perbuatan, riak muka dan sentuhan. Kajian menunjukkan bahawa kualiti perhubungan amat berkadar langsung dengan teknik kita berkomunikasi dengan pasangan kita. Namun begitu ini bukanlah bermaksud kita harus selalu duduk bersama dan bercakap mengenai perhubungan. Ia bermaksud yang kita harus bercakap perkara yang sepatutnya. Kita tidak takut untuk mengeluarkan apa yang kita benar-benar fikirkan dan rasakan serta pasangan kita juga seharusnya berbuat begitu.

Mari kita sama-sama mencuba teknik-teknik di bawah bagi meningkatkan lagi teknik berkomunikasi dalam perhubungan kita :

a) Memperbaiki imej diri kita

Komunikasi amat dipengaruhi oleh imej diri kita. Penampilan diri, pendidikan, pencapaian, profesion dan kesihatan, kesemuanya adalah sebahagian daripada imej diri kita. Apabila kita mempunyai imej diri yang rendah, kita menjadi malu bagi menampilkan diri kita. Kita mungkin berasa bahawa pasangan kita amat kritikal terhadap kita walaupun sebenarnya tidak. Kita harus belajar menghadapi ketakutan estim diri yang rendah. Imej diri yang baik banyak membantu kita dan pasangan kita menghantar dan menerima mesej komunikasi yang lebih tepat.

b) Berlatih Teknik Mendengar Aktif

Mendengar adalah lebih penting daripada bercakap. Kebanyakan kita tergolong dalam kumpulan pendengar yang tidak baik. Bukannya bermaksud kita ini pekak atau tulis tetapi kita selalu tidak memberi peluang pasangan kita bercakap terlebih dahulu dan kemudian baru kita bercakap. Perkara ini harus diberi perhatian oleh setiap pasangan. Kepentingan belajar mendengar dahulu dan kemudian bercakap perlu dipandang serius bagi memantapkan perhubungan serta keintiman.

Kita perlu tunjukkan bahawa kita mengambil perhatian kepada apa yang difikirkan dan dilakukan oleh pasangan kita. Cuba fahami apa yang pasangan kita rasakan dan jangan membuat tanggapan bahawa kita sudah tahu apa yang mereka rasakan.

c) Jangan Bergantung Kepada Bacaan Minda kita

Cubaan bagi membaca fikiran pasangan kita dan mengharapkan pasangan kita boleh membaca apa yang kita fikirkan adalah satu tindakan yang salah. Ini boleh menyebabkan kekecewaan kepada kedua-dua pasangan.

Sebagai contoh, apabila pasangan kita bercerita mengenai rumah rakannya yang mahal dan sahabatnya mendapat kenaikan pangkat. Kita mungkin berasa bahawa dia ingin mengkritik kita tidak dapat gaji yang lumayan ataupun kerja yang hebat. Apabila keadaan ini berulang kali berlaku, kita merasakan bahawa kita tidak dapat menyatakan sesuatu tanpa menyinggung perasaan pasangan kita dan diri kita. Kemudian kita cuba agar tidak bercakap di antara satu sama lain bagi mengelakkan pertengkaran dan pergaduhan. Selepas itu masing-masing berasa tersinggung dengan kedinginan perhubungan itu. Masing-masing merasakan bahawa senyap itu adalah satu hukuman kepada . Kita seharusnya bertanya dan mengenal pasti apa sebenarnya dimaksudkan oleh pasangan kita dan bukannya membuat tanggapan melulu.

Kesombongan dan kekerasan hati selalunya menimbulkan banyak masalah dalam mewujudkan komunikasi yang jujur di antara pasangan suami isteri. Kita banyak menganggap pasangan kita faham tanpa memberitahunya apa-apa. Beritahu pasangan kita apa yang kita fikirkan dan rasa, kemahuan dan kehendak. Apabila kita mendapati diri kita selalu berkata di dalam hati “Dia seharusnya tahu apa yang aku kehendaki” ataupun “Aku tidak sepatutnya memberitahu dia mengenai perkara ini”, maka kita perlu belajar memperbaiki teknik komunikasi rumah tangga kita.

d) Belajar Bercakap Mengenai Diri Kita

Kita mungkin tidak tahu bagaimana caranya bagi berkata apa yang kita ingin katakan bagi memastikan pasangan kita memahami apa yang kita rasa. Jadi mulakan daripada saat ini, belajar bercakap mengenai diri kita. Gunakan bahasa “saya”. Sebagai contoh “saya rasa… saya ingin… saya hendak” Ini membantu diri meluahkan perasaan kita dan memberitahu apakan sebenarnya kita rasa dalam bahasa yang tidak menjadi ancaman kepada pasangan kita.

e) Menghormati dan Memberi Sokongan Kepada Pasangan

Apabila kita menghormati satu sama lain, kita cuba tidak memanggil pasangan kita dengan panggilan nama dan menggunakan panggilan yang lebih mesra seperti “Sayang! Darling! Manja!”. Selalu menggunakan perkataan menunjukkan perasaan seperti “terima kasih, tolonglah” dan sebagainya.

f) Sentuhan Bererti

Sentuhan adalah perkara yang amat disukai oleh manusia. Ia boleh dalam keadaan yang ghairah dan tidak. Urut, meletakkan tangan di bahu dan mandi bersama adalah contoh-contoh sentuhan yang membawa kepada keintiman.

g) Pasangan Kita adalah Yang Paling Utama

Kita harus cuba mengenal pasti apa yang penting bagi pasangan kita. Jangan pula menganggap apa yang memenuhi kehendak kita juga memenuhi kehendak pasangan kita. Bertanyalah apa yang menyebabkan pasangan kita merasakan dia disayangi. Jangan ambil perkara sayang ini secara sambil lewa. Cuba kita buat panggilan mengejut yang tak disangka, makan malam yang istimewa, bunga dan hadiah menyatakan sebagai tanda kasih kita pada pasangan kita. Ideanya adalah berkomunikasi dengan pasangan walaupun si dia tidak berada berdekatan.

h) Berkongsi Perkara Besar dan Kecil

Kita perlu berkongsi dengan pasangan kita apa sahaja tidak kira besar mahupun kecil. Kongsikan impian kita dan ketakutan kita. Ceritakan kisah lampau yang mempengaruhi diri kita dalam kehidupan sekarang. Bercakap mengenai perkara sedih dan lucu yang berlaku seharian. Bersedia mengetawakan diri kita, tumpukan kepada cerita-cerita lawak yang tidak mengenakan orang laun tetapi menyebabkan kita ketawa bersama.

i) Berlaku Jujur

Pastikan bahawa pasangan kita berasa selamat bagi berlaku jujur dan terbuka bagi meluahkan perasaan serta idea mereka. Nyatakan apa yang kita fikirkan dan bersedia untuk menerima pandangan pasangan kita walaupun ia berbeza. Walaupun ia berbeza daripada sudut perasaan dan boleh menyebabkan kita marah.

Cuba tapis segala percakapan kita agar tidak menyakitkan hati dan menyebabkan pasangan kita berasa tersinggung. Berhati-hati dalam menyatakan sesuatu maklumat. Sasaran kita adalah berkomunikasi di samping mewujudkan suasana positif dan perhubungan yang penuh kasih sayang.

j) Uruskan Konflik dengan Bijaksana

“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri” Perhubungan yang baik tidak akan menjadi benar-benar intim sehingga kita mengetahui apa yang difikirkan oleh pasangan kita. Ini bermakna kita seharusnya mengeluarkan segala kesedihan dan perbezaan pandangan ke depan secara terbuka dan tidak terseksa dalam ‘kesenyapan’. Bercakaplah dan cuba mencari apa yang silap. Kemudian berbincang dan membuat keputusan bersama. Ini adalah satu petanda perhubungan yang intim dan sihat.

Pantang Larang Seks dan Cara Menolak yang Baik

Agama sudah menetapkan dengan jelas dalam hadis dan ayat al-Quran mengenai pantang larang ketika seks. Perkara-perkara yang dilarang adalah seperti berikut :

a) Dilarang melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid

Al-Quran menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 222:
“Mereka bertanya kepadamu mengenai haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran.” Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”

b) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang nifas

Ibnu Abbas ra memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW dilawati seorang sahabat yang melakukan hubungan seks ketika isterinya haid. Lantas perkara ini disoal kepada baginda. Nabi Muhammad SAW menjawab “ia harus bersedekah satu dinar ataupun separuh.

Dalam kisah yang lain At-Tirmizi ia menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjawab “apabila darahnya merah maka bersedekah satu dinar, dan apabila darahnya kekuning-kuningan bersedekah 1/2 dinar.”

c) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang berpuasa

Al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 187 menyatakan bahawa
“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu…”

d) Dilarang melakukan hubungan seks ketika sedang iktikaf

“……(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” Surah al-Baqarah ayat 187
Suami dan isteri seharusnya sentiasa berkomunikasi mengenai apa sahaja. Perkara yang berat mahupun yang ringan. Dalam perhubungan rumah tangga seharusnya perkara-perkara melibatkan seks ini diperbincangkan secara terbuka. Apabila kita berselindung mengenai sesuatu perkara penting terutamanya mengenai seks ini ia akan menjadi duri dalam daging kepada rumah tangga.

Seks adalah keinginan bersama dan bukannya keinginan lelaki sahaja ataupun perempuan sahaja. Apabila salah seorang mempunyai masalah seharusnya seorang lagi prihatin dan peka. Apabila kita tidak berkomunikasi dengan baik mengenai perkara ini, ia menyebabkan satu pihak merasa tidak puas hati ke atas perkara yang dia tidak ketahui. Hanya tanggapan sahaja dibuat. Jadi dalam hal ini kedua-dua pihak seharusnya berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara baik dan bijaksana.

Si isteri perlu menolak dengan bersopan dan lemah lembut. Nyatakan bahawa bukannya tidak melakukan hubungan seks tetapi masa tidak mengizinkan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang tidak membolehkannya. Si isteri harus menerangkan bahawa kasihnya tidak berbelah bahagi kepada si suami dan si suami pula seharusnya faham mengenai perkara ini.
Persoalan rumah tangga bukannya boleh dipelajari dengan ilham dan fikiran kita sahaja. Ia perlu dikaji dan dipelajari berlandaskan ilmu dan agama. Jika suami isteri berilmu, kehidupan berumah tangga pasti harmoni serta keintiman berkekalan daripada saat menyatakan “Aku cinta padamu” yang pertama hingga ke akhir hayat.

Jenis-jenis Tangisan Dalam Islam

"farhana -" finhappy_87@yahoo.com


Tangisan menurut perspektif Islam, boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang ialah seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seperti ini bukan sahaja dipandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang diratapinya itu turut terseksa kerana perbuatannya.

Ini berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah. Malah Nabi Muhammad pun menangis bila mengenangkan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh umatnya serta tatkala baginda memohon ampun dari Allah. Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:Antara jenis-jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam Islam ialah:

1. Ketika melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah
Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Golongan ini sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa reda dengan apa yang mereka terima. Maka dengan sebab itu, orang-orang sebegini adakalanya menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh, dalam satu riwayat oleh Anas bahawa Rasulullah berkata kepada Ubay bin Ka’ab: “Allah menyuruh membacakan kepadamu Surah al-Bayyinah ayat 1,
“Orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,”
Ubay bertanya : “Apakah Allah menyebut namaku?
Nabi menjawab ya, lalu menangislah Ubay (kerana mendengar berita gembira itu).

Ayat tersebut menyatakan tentang pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang telah menerangkan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu agama Islam. Mereka (Yahudi dan Nasrani) kenal Nabi Muhammad yang diutus sebagai rasul kepada umat akhir zaman, tetapi setelah baginda dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman kepada apa yang dibawa oleh baginda.

2. Kerana menyesali perbuatan dan dosa yang dilakukan
Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Ekoran daripada penyesalan itu maka timbul rasa sedih yang mendalam yang akhirnya akan menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian itu timbul akibat wujudnya rasa kesedaran yang mendalam dan rasa takut yang amat sangat kepada Allah. Keadaan sebegini akhirnya akan mendorong seseorang itu bertaubat dan seterusnya kembali ke jalan yang benar. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 82 Surah al-Taubah,
“Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.”

3. Apabila bertambah keimanan kepada Allah
Iman yang tertanam dalam hati akan terus subur dan mekar apabila disirami dengan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca dengan penuh penghayatan sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana ia merupakan campuran antara rasa kesedaran dan keimanan yang tidak berbelah bagi.

Justeru tanpa disedari akan bercucuran tangisan akibat rasa keimanan yang begitu mendalam sebagaimana firman Allah dalam ayat 58, Surah Maryam;
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka segera sujud serta dan menangis.”

4. Timbul dari rasa khusyuk dan tawaduk
Tangisan seperti ini boleh terjadi apabila seseorang itu khusyuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan pencipta-Nya. Bahkan, orang yang mencapai tahap kekhusyukan itu termasuk salah satu dari tujuh golongan yang memperoleh keistimewaan pada hari kiamat seperti sabda Rasulullah:
“Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) : Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan berkata, “Aku takut kepada Allah”, seorang yang bersedekah dalam keadaan rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitis air matanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Bimbang terputusnya rahmat Allah
Suatu hal yang menyedihkan hati dan amat dibimbangi oleh orang-orang yang beriman ialah terputusnya kebajikan dan rahmat Allah. Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh mengubah suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.

Sebagai contoh, pada suatu hari sesudah Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar mengajak Saidina Umar ke rumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahinya. Sebaik sampai di rumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-dua tetamunya itu lantas bertanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia di sisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik?” Ummu Aiman menjawab, “Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti).” Kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

6. Apabila terselamat dari kesesatan dan menemui kebenaran
Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ditunjukkan oleh Allah jalan yang benar setelah sekian lama hanyut dalam kelalaian atau kesesatan. Bagi yang berada dalam situasi sedemikian, akan terus menangis dan tangisannya bukan kerana merasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan hidayah yang diterima itu. Hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah merupakan kebenaran dari Allah seperti firman-Nya:
Dan apabila mereka itu (segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan melihat mereka akan menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran (seraya) mereka berkata; “Hai Tuhan kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu, catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal kami ingin supaya Tuhan memasukkan kami bersama kaum yang soleh.” (Surah al-Maidah:83- 84)

Daripada maksud firman Allah tersebut, jelaslah bahawa tangisan yang positif mempunyai keutamaan di sisi Islam sehingga tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat yang besar. Ini kerana, orang yang menitiskan air mata kerana Allah sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam satu riwayat dari Abu Daud dan Tirmizi bermaksud: “Kami datang kepada Rasulullah sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana.