Saya ingin menasihatkan umat Islam agar jangan memandang rendah dan remeh terhadap dosa Riba, sehingga boleh mencuba-cuba terlibat dalam sebarang aktiviti yang telah diputuskan oleh para ulama sebagai Riba secara sepakat. Antara bentuk Riba zaman moden adalah Pelaburan High Yield Investment Program (HYIP) melalui internet dan di sebarang institusi kewangan yang menjamin modal dan untung, pinjaman di bank-bank konvensional, kad kredit, insuran dan pelbagai lagi.
Sila peruntukkan sekadar waktu untuk melihat video mengikut tajuk di bawah.. klik tajuk di bawah untuk memahami lebih lanjut ttg riba..
Dalil Riba Uzar 1
Pelaburan & Hukumnya
Jenis² Riba
Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada umatnya di dalam khutbah terakhir Baginda, supaya menjauhi riba’.
Keberkatan Harta kerana bebas dari riba’.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud ;
“ALLAH menghapuskan (keberkatan harta) riba’ dan menyuburkan (keberkatan harta) sedekah; Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa”.
(Al-Baqarah : 276)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud ;
“Orang yang makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) , sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba’, padahal ALLAH telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba’), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum kedatangan larangan), dan urusannya (terserah) kepada ALLAH. Orang yang mengulangi (mengambil riba’), maka orang itu adalah penghuni-penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya”.
(Al-Baqarah : 275)

No comments:
Post a Comment