“Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai kematian”. (ali-'Imran: 185)
Bagi kita insan yg sudah punya akal untuk berfikir, sudah kenal apa itu kematian .. pernah tak kita semua terfikir atau cuba memikirkan mengenai perihal kematian? Cuba kita tanya diri kita sendiri.
-
Pernahkah aku memikirkan tentang kematianku? Bilakah kematian akan menjemputku? Bagaimanakah saat-saat ketika aku menghadapi kematian? … sudahkan aku bersedia ke arahnya?
Alangkah baiknya kalau kita semua sering memikirkan tentang hakikat kematian …
Kematian merupakan suatu perkara yg pasti !! Semua orang pasti akan menemui mati. Semua orang meyakini adanya satu noktah di dalam kehidupan yg disebut ‘mati’. Islam ke dia, Cina ke dia, India ke dia, cerdik ke dia, bodoh ke dia … mereka percaya dan yakin bahawa kematian adalah suatu perkara yg pasti. Suatu hakikat yg tiada khilaf di kalangan manusia !! Yang diperselisihkan adalah ‘benarkah ada kehidupan lain selepas mati’??
Kematian memisahkan kita jauh dari kehidupan dunia. Walaupun kita hanya berada beberapa depa di bawah tanah, tetapi untuk kembali semula ke dunia merupakan suatu perkara yg teramat-amat mustahil. Kalau di dunia kita berkawan dengan manusia, tetapi di kubur kita berkawan dengan ulat dan cacing. Malah merekalah makhluk yg memusnahkan kita, mencarik-carik dan mengoyak-ngoyakkan setiap inci dari jasad kita sehinggalah kita kembali menjadi tanah yg hina.


No comments:
Post a Comment