Oleh mangoscream"
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka�yang ada syurga je�kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidupAku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary�.. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam�.. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada sex, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan.. Pencarian kepada tuhan.dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku� OK kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya ? Aku yakin ada satu je..sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan� Satu tuhan adalah keyakinanku. dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya.. Yang membuat kan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan � setiap rekaan mesti ada perekanya" Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku�. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku � Mana aku akan mula? Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku .Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."
Ok, lepas tu .."ini maknanya kita tolak Ugama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadai tinggal 3 saja ugama yang ada satu tuhan iaitu Islam , Yahudi dan Kristian�. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism ( Ugama Yahudi ) terdapat satu tuhan ,beberapa Rasul, 10 �commandments" , Taurat, jiwa Yahudi�apa..apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya " Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism ( ugama Yahudi )�� tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan ugama itu patut universal (menyeluruh) .
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Krstian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan , maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil..
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka�yang ada syurga je�kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity ( agama Kristian) ok ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci�macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan ?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan , analogi lepas analogi .. aku tak dapat terima konsep ini...Ok kita tengok isu lain pula�
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan �dosa asli�. Jadi Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok kalau begitu maknaya kamu mengatakan bahwa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa. ? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan ? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa ? Yang ni pelik..takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya ? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan ? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu ? Tuhan tak zalim..mustahil� tak logik� aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau � mengasihi manusia� .. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata " Bapa , kenapa aku dibuat begini? " Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secra kejam .. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan�. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini . Ok agama selanjutnya adalah Islam
Islam bermaksud penyerahan diri. Kpercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan..dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logikku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1400 tahu yang lalu.
Ok.Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya..semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknlogi.
Semakin aku membuat kajianku keatas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku�yang paling utama sekali Islam..nama agama . Aku dapati ianya disebutkan banyak kali didalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun , mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism didalam �Old Testament" atau Christianity didalam �New Testament" . Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab� memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir..Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"�
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..Ok. .kita tengok pula siapakah Jesus Christ ..Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka..Bagi aku ini sangat pelik..aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah" Tuan nak beli barangan (tiada nama ) ? Tentu sekali jawapan logik adalah �"Apakah barangan (tiada nama ) ini dipanggil ?..Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiadak ada nama bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan sebar kepada manusia diatas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu�tepat sekali..Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka , manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku�..Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.
Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam��.kemudian aku mengucap syahadah�aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran. Allahu Akbar.
Oleh Michael David Shapiro

4 comments:
Salam Cakapaje, jika anda lihat komen saya ini harap anda boleh tolong saya jawabkan soalan yang saya terima dari seseorang,
Soalan : Jika tuhan itu adil kenapa dalam surah Al-Baqarah ayat 6-7, "Sesungguhnya orang2 kafir sama sahaja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan mereka tidak akan beriman. Sesungguhnya Allah telah mengunci hati & pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup & mereka akan mendapat azab yang berat" - argument dia ialah jika tuhan itu adil kenapa dia mengunci hati sebahagian dari manusia tetapi menerangi hati sebahagian lain sedangkan dia boleh sahaja dengan kuasanya membuka hati sesiapa sahaja (mahupun kafir) kerana hanya dengan kuasa dia hati itu boleh diterangi atau dengan kata lain, samada dia mahu seseorang itu beriman kepadanya atau tidak. Kenapa Allah mendiskrimnasi hati yang mana hendak dibuka atau ditutup dan kemudiannya mahu menghukum mereka2 yang hatinya tertutup(sedangkan dia sendiri yang menutup hati mereka)?
Saya tidak dapat ayat yang paling baik untuk menjawab soalan ini tapi saya kira ada kaitannya dengan entry ini dimana seorang kafir telah 'dipilih' Allah untuk diterangi hatinya dan terbuka untuk Islam.
Wa'alaikumusalam Intan,
Ini satu soalan yang berat dan memerlukan seorang yang berpengajian lebih tinggi. Tapi saya akan cuba sedikit untuk memerah akal sendiri yang insyAllah akan menjadi peringatan untuk diri ini juga.
1. Ada ayat Al-Quran diturunkan mengikut pada kejadian pada masa tertentu sahaja. Namun demikian, ia tetap menjadi pengajaran kepada kita di masa masa selepas itu.
2. Ayat ayat Al-Quran harus di baca selari dengan teks Arabnya kerana terdapat perbedaan yang ketara di antara transliteration dan translation di mana
a) transliteration bermaksud menukar perkataan dari bahasa asal ke satu perkataan pada bahasa lain. Perkara ini menyebabkan ramai yang terkeliru kerana maksud asal perkataan dan ayat itu selalunya berubah dari konteks sebenar.
b) translation pula merupakan menyalin perkataan atau ayat bahasa asing ke bahasa sendiri bertujuan untuk memudahkan fahaman. Perkara ini tidak boleh dilakukan dengan ayat Al-Quran kerana erti sebenarnya pasti bertukar dan terdapat penurunan nilainya di situ.
Kita perhatikan ""Sesungguhnya orang2 kafir sama sahaja bagi mereka..." dan dalam bahasa Inggerisnya "BEHOLD, as for those who are bent on denying the truth...", terdapat perbedaan ketara di mana yang awal seperti ditujukan secara umum, manakala yang kemudian ditujukan secara spesifik; pada saya makna yang lebih menepati adalah yang kemudian, yang dalam bahasa inggeris.
***
Seperti yang dinyatakan, setiap ayat atau surah Al-Quran diturunkan berperingkat dan mengikut kejadian yang berlaku. Di sini tidak dapat saya huraikan sejarah tersebut namun ianya - mengikut fahaman saya - ditujukan kepada segolongan kafir yang bermatian tidak mahu menerima kebenaran Rasulullah s.a.w. walaupun kebenaran itu dibentangkan di hadapan mata mereka. Banyak kejadian sejarah membuktikan hal seperti ini dan yang dapat saya memetik secara otomatis adalah sifat Yahudi laknatullah yang tetap mahu menyembah lembu emas mereka walaupun mereka telah diselamatkan Allah apabila Nabi Musa a.s. diperintah memukul tanah dengan tongkatnya untuk membelah Lautan Merah. Tapi perkara itu dengan mudahnya dilupakan mereka yang bermatian menafikan kebenaran.
Mereka yang seperti inilah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini, wallahualam.
Mungkin, Intan berminat membaca di http://www.geocities.com/masad02/002a untuk pengetahuan lanjut walaupun mereka menggunakan perkataan 'translation' dan bukan 'transliteration'.
Saya juga mengambil kesempatan untuk menjemput Intan join groups Malaysia_Reverts@yahoogroups.com di mana seorang Muslimat sering menghantar transliteration ayat ayat Quran. Jika tidak jumpa groups itu, hantar email pada saya dan saya akan menjemput Intan.
Harap saya telah dapat membantu sedikit.
Wassalam
Asm Cakapaje, terimakasih kerana memberi sedikit cahaya pada kegelapan saya.
Saya rasa masalahnya memang terletak pada terjemahan Quran itu ke dalam bahasa Malaysia. Tidak terfikir nak melihat terjemahan dalam bahasa inggeris nyata ia bawa makna berlainan sekali.
Akan saya cuba huraikan kepada si penyoal dengan perspektif baru ini.
Saya sudahpun menjadi ahli Malaysia_Reverts dan sedang menimba ilmu dengan membacanya satu demi satu.
Terima kasih sekali lagi, kerana memanjangkan ilmu. Artikel2 di sini menarik betul perspektifnya.
Wa'alaikumusalam Intan,
Sesama kita mendalami Islam dan berusaha mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.
Post a Comment