Thursday, May 1, 2008

Khutbah Jumaat 25/4: Menghayati cara hidup Islam

Posted on Sunday, April 27 @ 12:01:27 MYT by SongkokPutih
Tazkirah Oleh ning

"Assalamualaikum, selawat dan salam keatas junjungan.
berikut adalah intipati khutbah jumaat 25/4/2008 yang disampaikan olih imam 3 ,masjid sultan ahmad kemamam dibawah tajuk menghayati carahidup islam.


isi pertama pada khutbah ini dimulakan dengan satu hadis riwayat imam muslim dimana diceritakan bagaimana 3 orang pemuda datang berjumpa Rasullulah dan menyatakan keazaman masing masing. pemuda pertama menyatakan dia tidak akan tidur malam untuk beribadat,pemuda kedua pula menyatakan dia akan berpuasa sepanjang hari dan pemuda ketiga menyatakan yang dia tidak akan kahwin.


Rasullulah lalu bersabda dengan maksudnya kepada pemuda pertama bahawa walupun baginda beribadat malam tetapi baginda juga tidur,kepada pemuda kedua baginda memberitahu yang baginda tidak berpuasa setiap hari, ada hari baginda berpuasa dan ada hari baginda berbuka dan kepada pemuda ketiga baginda memberitahu bahawa baginda juga berkahwin.lalu baginda bersabda dengan maksud "bukan dari golongan kami orang orang yang berpaling dari sunnahku"


seterusnya khutbah disampaikan dengan menceritakan bagaimana cara baginda menjalani kehidupan harian baginda yang merupakan contoh kepada carahidup islam. dibaca ayat quran bermaksud "sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang baik".


walaupun secara umum, apa yang menarik khatib juga menyebut betapa baginda begitu teliti dalam mentafsirkan dan menterjemahkan alquran dalam setiap pergerakan hidup baginda sehingga baginda dikenali sebagai quran bergerak.di sini tersirat makna betapa dalam semua urusan hidup termasuk juga kehidupan politik kita umat islam tidak terlepas dari panduan alquran.itulah antara maksud quran bergerak itu dan itulah juga yang perlu dihayati dan diikuti olih semua umat islam hari ini.


pada tahap ini ana teringat kata kata ust nasrudin tantawi dalam satu ceramahnya beberapa tahun dulu,bahawa sunnah nabi yang terbesar ialah menegakkan negara islam serta kata kata ust samsuri ahmad yang mengatakan dakwah kita bukan hanya mengajak orang bersolat tetapi dakwah ini adalah untuk melahirkan negara yang menjaga solat rakyatnya.dari 2 pengajaran ini dapatlah kita faham betapa cita cita untuk menegakkan negara islam dengan politik yang dipandukan olih alquran dan sunnah adalah tugas setiap muslim wa mukmin.seterusnya dengan memahami quran bergerak baginda nabi , maka dapatlah kita faham bahawa negara islam bukan sekadar negara yang menjalankan hukum hudud, tetapi negara yang melaksanakan seluruh perintah alquran dan alsunnah.


quran mengharamkan riba, mengkehendaki penganutnya menjauhi zina dan menghalalkan pernikahan, menetapkan cara pembahagian pesaka, mengkehendaki penganutnya mencukupi timbangan dalam urusan jual beli,melarang pengaliran harta dikalangan sebahagian orang orang yang berkuasa dan yang lebih penting alquran juga memerintahkan kita berlaku adil serta membantu orang yang susah.lengkap suruhan yang ada dalam alquran yang mencakupi hal hal munaqahak.faraid, ekonomi dan politik termasuk undang undang jinayah bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.jadi dalam hal ini negara islam bukan hanya negara untuk menegakkan hukum tetapi juga merupakan negara kebajikan dan yang lebih penting negara yang mengutamakan tarbiyah kemasyarakatan kearah menterjemahkan perintah dan larangan alquran seperti ditunjukan olih baginda nabi menerusi quran bergerak baginda.


justeru istilah negara islam juga bolih diistilahkan sebagai negara sunnah.
berbalik kepada khutbah tadi, perkara seterusnya yang dinyatakan olih khatib ialah betapa setengah umat islam hari ini sudah jauh dari carahidup islam,umat islam hari ini hanya berbangga memiliki nama nama nabi yang mulia,memiliki mashaf alquran dan kitab kitab hebat dari para ulamak silam tetapi malangnya mashaf dan kitab kitab tersebut tidak lagi dibaca.menurut khatib alquran bukan untuk disimpan tetapi untuk dibaca difaham dan diikuti dalam kehidupan.begitu juga ada setengah umat islam hari ini yang begitu lantang melaungkan untuk menegakkan islam tetapi tidak berakhlak seperti akhlak islam.khatib juga menarik perhatian jemaah dengan memperdengarkan beberapa kisah contoh tauladan yang ditunjukan baginda.


anas ibni abbas ada meriwayatkan satu kisah dimana pada masa baginda membahagikan harta rampasan perang, tiba tiba muncul seorang pemuda bani tamim berteriak kepada baginda supaya membahagikan harta tersebut dengan adil.kata pemuda itu "tuhanmu mahukan engkau membahagikan harta tersebut dengan adil" melihat kebiadapan pemuda itu ,syaidina omar meminta izin untuk mengajarnya tetapi dihalang olih baginda lalu baginda memaafkan pemuda tersebut dan menyuruhnya pergi.satu lagi kisah yang dibawa olih khatib ialah kisah bilamana seorang perempuan yahudi cuba meracuni baginda dengan makanan.


sekali lagi baginda memaafkan perempuan tersebut.inilah mesej yang cuba disampai olih khatib bagaimana akhlak baginda yang antara lain sentiasa memaafkan kawan dan lawan yang hari ini semakin tidak dimiliki olih umat islam yang mendakwa dengan lantang sebagai pejuang islam.jadi satu lagi intipadi khutbah menghayati carahidup islam ialah akhlak.maknanya carhiduphidup islam mesti juga disuburkan dengan akhlak islamiyyah.menurut syaidatina aisyah sebagai tambahan isi khutbah tersebut,akhlak baginda ialah alquran. maka mesej jelas dari khutbah ini ialah menyeru umat untuk kembali menghayati ajaran alquran menerusi contoh tauladan yang ditunjukan olih baginda.justeru itu khatib diakhir khutbahnya menyeru jemaah supaya mempelajari sirah nabi agar kefahaman sebenar kepada carahidup islam ini dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.


apa yang menarik khutbah ini disampaikan olih imam masjid kerajaan di bumi terengganu daruliman.terfikir sejenak kaitan khutbah ini dengan peristiwa yang sedang melanda terengganu.mungkink ah khutbah ini ialah khutbah yang menjadi isi hati sultan terengganu yang mahukan rakyat baginda benar benar menghayati carahidup islam dan sekaligus belajar memaafkan orang orang yang berhak menerima maaf.ana teringat pada masa kemelut MB dulu,ada berita dari istana yang menyatakan tuanku sultan meminta urusan agama dikembalikan kepada baginda.dan hari ini nampak tanda kebenaran lapuran ini bilamana terdapat perbezaan yang ketara dengan tajuk dan isi khutbah jika dibandingkan terangganu dizaman derih jusoh.semuga rakyat terengganu matang dan dapat menilai hasrat dan mesej sultan mereka.wallahwahlam ......... ......... ......... ...
"

No comments: