"Mohd Yaakub" akob73@yahoo.com
Tajuk: Jenazah
Halaman: 326
Harga: RM18.00
Selenggaraan : Ustaz Mohd Yusuf Arbain dan Ustazah
Sakinah Ariff Johor
http://alaf21. com.my/buletin_ isnin/to% 20be%20change/ N_bukuJenazah. htm
MENGURUSKAN jenazah merupakan fardu kifayah ke atas
umat Islam. Ini bermakna, dalam setiap kelompok
masyarakat, wajib ada segolongan kaum muslimin yang
menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan
jenazah, iaitu daripada memandi, mengkafan,
menyembahyangkan sehinggalah mengebumikan jenazah.
Jika tidak, semua yang berada dalam kelompok itu akan
menanggung dosa.
Oleh yang demikian, setiap muslim mesti mengetahui
ilmu tentang menguruskan jenazah agar tidak berlaku
kepupusan terhadap golongan yang mahir dalam bidang
ini.
Ilmu menguruskan jenazah ini perlu difahami dengan
jelas oleh setiap muslim agar ia tidak bercampur
dengan upacara yang karut-marut, iaitu tidak
berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Buku jenazah ini berbentuk soal jawab dan disertai
dengan dalil daripada al-Quran, sunnah serta pendapat
ulama yang muktabar. Ini bagi memastikan para pembaca
mendapat maklumat yang sahih berkenaan dengan hal
ehwal menguruskan jenazah agar bertepatan dengan
tuntutan syarak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment