Oleh ibnuhasyim"
BARU-BARU ini, saya berada di rumah kawan saya seorang bangsa Cina di negaranya di Ning Siang dalam kawasan bandar Chang Sha di China. Dia bukan Islam. Dia menyiapkan makanan halal untuk saya sebagai tetamunya yang beragama Islam.�Mengapa perlu dibeza-beza makanan Islam dan bukan Islam?� Tercetus pertanyaan darinya.
�Kami orang Islam berada dalam agama kesatuan yakni agama yang percaya Tuhan itu Satu (La ilaha illalah). Setiap gerak kerja hidup kami adalah kerana Tuhan Yang Satu itu (Allah). Pernah seorang kawan kepada pemimpin kami Nabi Muhammad SAW, kira-kira 15 abad silam sedang bertarung pedang dengan seorang musuhnya demi mempertahankan Islam� Beliau berjaya merebahkan lawannya. Semasa berada di atas badan musuhnya dan hendak membunuh, tiba-tiba mukanya diludahi lawannya itu. Dia berhenti tak jadi membunuh.
Mengapa kau tak terus bunuh aku? Musuhnya bertanya. Jawab beliau, aku tidak mahu bunuh kamu kerana semata-mata menurut perasaan marah! Yakni orang Islam tidak mahu bertindak sesuatu kalau bukan kerana tuntutan agama. Bukan kerana nafsu marah, dendam dan sebagainya, tetapi membuat sesuatu kerana Allah sahaja! Dalam permakanan pun begitu. Contohnya, Allah cuma benarkan makan makanan atau binatang ternak yang disembeleh mengikut syarat-syaratnya.
Kalau nak makan sup ekor, tidak boleh potong terus ekornya sedang badan induknya masih hidup. Yakni tidak boleh menzalimi binatang itu walaupun binatang itu memang makanan kita. Mesti ikut peraturan menyembelih, seperti mesti gunakan senjata tajam dan cepat mati,.. Yang penting sembelihan itu mesti dengan menyebut nama Allah atau kerana Allah semata-mata. Begitu juga dalam berkahwin, ada syarat-syaratnya.� Saya jawab, paling ringkas.
Itulah yang saya cuba terangkan konsep tauhid melalui pertanyaan permakanan halal. Nampaknya dia boleh terima. �Oh. Teliti sungguh agama kamu!�
Begitu juga apabila saya berada di Rusia, beberapa minggu selepas itu. Di Rusia saya tinggal bertamu di rumah sebuah keluarga Kristian Katholik, di mana saya pernah membantu mereka sewaktu mereka berada di Malaysia tahun lepas. Mereka datang ke Malaysia kerana meraikan anak gadis mereka yang mendapat Johan Pemidato Terbaik dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Gambarnya terpampang di muka depan akhbar bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia masa itu.
(Sila lihat tulisan Ibnu Hasyim �Bertemu Gadis Rusia Bernama Olga..� dalam blognya pada 3 Julai 07).
Saya dan Olga nama anak gadis itu beserta teman perempuan sebayanya, pada suatu hari keluar berjalan-jalan di bandar St Petersburg, iaitu kira-kira ratusan kilometer dari Moskow. Kami mencari kedai makan orang Islam. Dalam mencari-cari itu, kami bertemu 2 gadis bertudung. Rupanya mereka beragama Islam, seorang keturunan Rusia dan seorang lagi keturunan kacukan Rusia-Turki, sedang 2 gadis bersama saya ini masih belum Islam. Memang biasanya di sana orang-orang keturunan Turki beragama Islam.
Islam adalah agama kedua terbesar sesudah Kristian Ortodoks. Kebanyakan suku Rusia beragama Ortodoks. Lain-lain agama termasuk berbagai aliran Protesten, agama Yahudi, Katolik Rom dan agama Buddha. Biasanya agama seseorang bergantung kepada etnik masing-masing. Mereka 2 gadis bertudung ini juga sedang mencari kedai makan Islam seperti kami. Sesudah bertanya-tanya kami diperkenalkan dengan sebuah kedai makan milik orang Islam.
�Di sini ada dua jenis makanan yang berasingan. Satu untuk bukan Islam dan satu untuk orang Islam.� Kata tuan kedai itu.
Kami lihat ada terhidang daging babi di bahagian yang bukan Islam. Kami tak jadi nak makan di situ, �Hii, aku tak yakin. Apa lagi tiada tulis makanan Islam atau tanda halal, walaupun yang jual itu orang Islam!� Kata salah sorang dari gadis Islam itu. �Jom kita cari tempat lain!� �dan memang akhirnya bertemu juga. Rupanya, kerana makanan halal kami dapat kawan se agama.
Begitu juga dengan kisah saya mula-mula sampai ke rumah Olga. Saya datang secara tidak dirancang dan tidak memberitahu lebih awal. Saya sampai ke kampung itu dan tiba di depan rumahnya pihak polis Rusia sedang menanya-siasat saya. Olga dan keluarga terkejut bila saya sampai, dan polis itu pun pergi. Keluarganya menyiapkan makanan Rusia, masakan khas kerana menyambut kedatangan saya. Malangnya saya tidak dapat makan, kerana makanan tersebut bercampur daging yang tidak disembeleh.
Ibu Olga sangat kecewa. �Apakah tidak boleh berlebih kurang dan cincai-cincai dalam soal permakanan ini?�
Maka terpaksalah saya menerangkan bersungguh-sungguh seperti di atas sehingga mereka faham. Rupanya perbincangan mengenai Satu Tuhan itu amat menarik perhatian mereka, dan mungkin akan diperbincangkan dengan lebih luas. Mereka menyiapkan makanan untuk saya sekali lagi, �Kali ini tentu halal!!� Kata Olga.
Demikanlah kisah �makanan halal� menjadi pembuka laluan ke arah perkenalkan Islam di negara asing.
Kisah ini sebenarnya bukan kisah saya Ibnu Hasyim. Tetapi kisah kawan saya seorang anak muda yang aktif mengembara keluar negara sambil berniaga. Perkataan �saya� dalam watak pencerita itu bukan saya, tetapi �dia�.Begitu, ceritanya pada saya. Saya tuliskan cerita-cerita begini untuk sama-sama berkongsi pengalaman.
Sekian, wallahu �aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail. com) 17-04-08. KL.

No comments:
Post a Comment