"ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com
Ahad 27 Jan 2008 jam 11.00pm @ 23.00 seperti biasa RTM1 menyiarkan
RTM dunia.
Malam ini menghidangkan Zaini Zainal Abidin sebagai tetamu jemputan.
Seorang "sunni" yang kononnya mahu menegakkan "sunni" dengan sering
menyerang wahabi, al-qaeda, Taliban dsbgnya. Namun begitu pada malam
ini terpacul sedikit mungkin dengan tak sengaja kerana sangat2 tak
sabar walaupun cuba bertaqiyyah sedalam-dalamnya ataupun memang
sebagai nak menguji kepekaan ASWJ apakah ada sikap peduli (pinjam
istilah us. Zain) atau tidak di kalangan mereka terhadap semakin
melebarnya networking syiah di Malaysia ini bilamana beliau
mengungkapkan kata-kata kalau tak silap begini "Hezbullah dan Unit
Amal berjaya bila bergabung dan di sokong oleh Iran dengan semangat
kesyahidan Imam Husain".
Semangat siapakah ini..?? Bukan ASWJ tidak bersedih dengan
kesyahidan Sayyidina Husain r.a. tapi semangat sahabat2 r.a. yang
terang2 menghadapi kuffar lebih utama untuk diterapkan. Untuk
membaca sejarah pembunuhan Sayyidina Husein r.a. sila klik sini.
Setiap kali mendengar suaranya baik melalui telefon menghubungi RTM
dunia ataupun bila dijemput sebagai tetamu jemputan rancangan
tersebut, terbayang di fikiran seolah-olah beliau seperti ketakutan
sentiasa dihantui oleh bayang-bayang wahabi,al-qaeda ataupun Taliban
di mana sahaja beliau berada. Mimpi ngerinya terhadap kedua kumpulan
pejuang ini tak ubah seperti mimpi ngeri Bush sahaja.
Kita selalu mendengar kelantangan beliau mentohmah wahabi dengan
kononnya wahabi didokong oleh British walaupun tidak pernah
sekalipun beliau mengemukakan fakta di atas kata-kata tersebut. Kita
bukan menyokong kerajaan Arab Saudi secara total namun begitu segala
kata-kata nista tersebut sepatutnya disokong dengan biar satu dua
fakta. Jangan jadi seperti G.W.Bush yang sering melabel al-Qaeda
dengan perbagai keganasan seperti peristiwa 11 September walaupun
tanpa sebarang bukti. Memang kita mengakui pemimpin Saudi bagaikan
kuda tunggangan Amerika dan mempunyai hubungan rapat antaranya
keduanya serta sekutunya namun begitu biarlah adil dalam menghukum.
Mengapa tidak sering diulang-ulang sebutan juga terhadap pemimpin
sunni yang bukan wahabi seperti pemimpin mesir, Jordan, Kuwait,
lubnan dll..? Ataupun Mahmud Abbas yang jelas mendapat kuasa yang
tidak sah melalui campurtangan G.W.Bush. Yang lebih jelas Hamid
Karzai yang dilabelkan banyak pihak sebagai keldai G.W.Bush yang
kini menguasai Afghanistan setakat yang beliau dapat kuasai..?
Begitu juga mengapa tidak disebut pemimpin syiah Iraq yang tiada
siapa dapat menafikan kejayaannya menaiki takhta Iraq adalah melalui
tangan G.W. Bush..? apakah mereka-mereka ini bukan sekutu Bush lalu
dilupakan atau sengaja dilupakan serangan terhadap mereka..? Atau
mungkin kerana Hamid Karzai menentang Taliban yang juga tiada siapa
dapat menafikan adalah musuh amerika..? Atau mungkin pemimpin Iraq
seperti Nuri al-Maliki seorang Syiah maka beliau bebas samaada
menjadi sekutu Amerika atau sebaliknya.. ? Bukankah kita semua
mengetahui hubungan pemimpin Iraq dengan Iran begitu juga dengan
Amerika bahkan sekutu rapat Amerika..? Kita berharap selepas ini
Zaini Zainal Abidin dengan lantang pula berkata dan
menyerang "Wahabi Syiah Iraq sekutu rapat Amerika".
Kita ASWJ atau dengan dakwaan "sunni sejati" (pinjam kata-kata FT)
mudah lupa dan tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada
dunia Islam hari ini walaupun ianya berlaku depan mata kita sendiri.
Dengan label "Wahabi" maka kita lupa kepada sekutu Amerika yang lain
yang jelas serta tiada siapa dapat menafikan mendapat kuasa melalui
tangan Amerika.
Lalu apakah maksud tersirat di sebalik serangan bertali arus
terhadap kerajaan Saudi..? salah satunya adalah supaya dunia Islam
membenci kerajaan Wahabi Saudi lantas siapakah yang lebih layak
memerintah dua tanah suci Islam.? Maka jawapannya adalah
Republik "Islam" Iran. Itulah maksud sebenarnya supaya dua tanah
suci tersebut jatuh dari tangan ASWJ dan beralih ke tangan Syiah..
berhati-hatilah dengan tipudaya ini. Propaganda menaikkan Iran di
mata umat Islam dan menjatuhkan pejuang-pejuang ASWJ sedang giat
dilakukan sekarang.
Begitu juga kita sering mendengar serangan bertubi-tubi dari Zaini
Zainal Abidin dalam RTM dunia terhadap al-Qaeda dan juga Taliban.
Kata-kata beliau tak ubah seperti serangan Amerika terhadap kedua-
dua golongan pejuang ASWJ ini. Pelik sekali, dalam ketika mereka
pejuang ASWJ ini tidak berhenti menerima hadiah peluru-peluru
samaada raifel, meriam,kereta kebal, peluru berpandu dll dari
Amerika kita pula yang bergelar ASWJ atau pendakwa "Sunni sejati"
pula menambah hadiah terhadap mereka dengan kata-kata tohmahan dan
pelbagai fitnah terhadap mereka. Bukankah perbuatan seperti itu akan
menambahkan lagi kekuatan terhadap kuasa kuffar mustakbirin Amerika.?
Bukankah kedua puak pejuang ASWJ ini sering menerima serangan
propaganda dari barat, dengan pelbagai tuduhan kononnya mereka
inilah yang sering melakukan keganasan seperti peristiwa 11
september, pengeboman Madrid dll..? Kita hairan mengapa Bush begitu
bersungguh melabelkan mereka ini sebagai pengganas dengan bukan
sekadar melabelkan kumpulan tersebut bahkan mencari-cari bukti
walaupun fitnah semata terhadap individu anggota kumpulan tersebut
tetapi di satu pihak lagi hanya melabelkan sahaja sebagai pengganas
tapi tiada individu dalam kumpulan tersebut yang boleh dikatakan
sebagai pengganas. Apakah ada pertubuhan pengganas tapi tiada
seorangpun yang ganas dalam pertubuhan tersebut..?
Seperti al-Qaeda atau Taliban yang dilabel sebagai pengganas maka
anggota pertubuhan tersebut mesti disabitkan sebagai orang yang
ganas walaupun fitnah semata. Pelbagai bukti direka untuk
membuktikan bahawa mereka dan pertubuhan yang dianggotai mereka
adalah pengganas. Dan anggota pertubuhan ini mesti terus diburu
walaupun mereka hanya di"kambinghitamkan" oleh kuasa barat sahaja.
Begitu juga dengan Hamas dilabel sebagai kumpulan pengganas dan
sememangnya di dalamnya terdapat orang-orang ganas yang mesti diburu
dan dibunuh dari hari kehari. Namun begitu kita tidak pernah
mendengar Iran sebagai Negara paksi kejahatan begitu juga Hezbullah
sebagai sebuah pertubuhan pengganas mempunyai orang ganas di
dalamnya yang perlu diburu. Andaikata Bush mesti mereka-reka bukti
untuk membuktikan bahawa al-Qaeda dan Taliban adalah pengganas dan
anggotanya adalah orang yang ganas begitu juga dengan Hamas, mengapa
pula Bush tidak mahu mereka-reka bukti bahawa Hezbullah adalah
pengganas serta anggotanya sememangnya adalah orang yang ganas. Kita
berharap Bush akan bersikap adil selepas ini kalau memang beliau
ikhlas dalam bermain kata-kata.
Kita sering mendengar kononnya al-Qaeda dan juga Taliban adalah
talibarut Amerika. Bahkan Zaini sering berkata, "Selepas Amerika
menjajah Iraq dan Afghanistan maka a-Qaeda bertambah kuat" bermaksud
Amerika member kekuatan kepada mereka. Mengapa Zaini yang begitu
cerdik dan pintar bermain kata-kata tidak dapat berfikir
sejenak "ianya adalah dengan bantuan dari Allah taala dan juga
kerana semakin mendapat sokongan dari umat Islam yang semakin Nampak
kebenaran mereka serta tipudaya Amerika". Mengapa pula Zaini tidak
menggunakan kata-kata yang sama terhadap Iran dan Hezbullah??
Tuduhan kononnya al-Qaeda dan Taliban sebagai talibarut Amerika
adalah dusta semata-mata tanpa sebarang bukti. Namun begitu tidak
mustahil andaikata Amerika dan sekutu2nya akan mereka-reka bukti
pula bahawa memang begitu sebagaimana mereka mereka-reka bukti
kononnya al-Qaeda terlibat dalam peristiwa 11 september.
Janganlah kita yang bergelar Islam atau bertopengkan Islam ini
memberikan kekuatan kepada musuh-musuh Islam untuk melumpuhkan
kekuatan pejuang-pejuang Islam yang begitu ikhlas dalam perjuangan
mereka menentang musuh agama Allah.
Untuk mendengar sedikit tentang sejarah Taliban klik sini.
Wallahua'lam. .
Sedikit renungan untuk kita semua yang bergelar ASWJ. Ambik
pedulilah terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita.
Posted by abunaaielah at 5:56 PM
http://abunaaielah. blogspot. com/2008/ 02/ahad-27- jan-2008- jam-11.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment