Saturday, April 12, 2008

Golongan yang mendapat naungan Allah

"Klk Grp" klk_grp@yahoo.com

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Tujuh
golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang
tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil,
pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah,
insan yang hatinya terpaut dengan masjid, dua insan
yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan
berpisah kerana Allah, insan yang diajak (digoda) oleh
wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata:
Sesungguhnya aku takutkan Allah, insan yang bersedekah
dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya
tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan
kanannya, insan yang mengingati Allah secara
bersunyian lalu berlinangan air matanya." (riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

No comments: