Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa
menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics)dan wangi
pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative
semasa mak saya berubat dulu!!
Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk
naikkan wangi nasi lemak tuh...
Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...
Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas
yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith
Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan
agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun
sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
" Gunakanlah Halba sebagai ubat"
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno
tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.
Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang
berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari
penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

No comments:
Post a Comment