ctumi2000 ctumi2000@yahoo.com
Quote:
adakah roh mampu kembali kedunia dan berinteraksi dgn manusia?
Sebenarnya masalah ruh ini adalah perkara ghaib yang wajib diimani
oleh setiap umat Islam yang beriman kepada Allahswt dan rasul-Nya
tanpa perlu kepada pertanyaan yang berbagai-bagai. Ini kerana urusan
ruh ialah urusan Allah swt dan kita hanyalah diberikan amat sedikit
pengetahuan tentang ruh itu.Sebagaimana maksud firman Allah swt
dalam surah al-Isra ayat 85 :
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu
termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan
melainkan sedikit."
Walaupun begitu terdapat satu firman Allah swt yang menjelaskan
tentang pertemuan ruh yang telah mati dengan ruh yang masih
hidup.Sebagaimana maksud firman-Nya dalam surah az-Zumar ayat 42 :
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa
(orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa
(orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa
yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang
demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang
berfikir."
Ayat ini membawa maksud bahawa ruh orang yang telah mati dengan ruh
orang yang masih hidup (ketika sedang tidur) dipegang oleh Allah
swt.Bagi yang telah mati ruhnya dipegang terus oleh Allah swt ,
manakala yang masih hidup ruhnya dilepaskan kembali untuk masuk
semula ke dalam jasadnya.Sebab itulah kita boleh bangun kembali
selepas tidur dan juga dalil dikatakan tidur itu adalah mati kecil.
Dalam masalah ini Imam Syamsuddin Abi Abdillah bin Qayyim al-Jauzy
membahaskan dengan katanya : "bahawa apabila ruh yang masih hidup
ini ingin kembali kepada jasadnya , ruh yang telah mati juga ingin
ikut kembali , tetapi ditahan dan dipegang oleh Allah swt hinggalah
hari kiamat.Menurutnya lagi bahawa firman Allah swt itu menjadi
dalil bahawa ruh orang yang telah mati boleh bertemu dengan ruh
orang yang masih hidup.Cuma yang menjadi pertikaian ialah adakah
boleh ruh orang yang telah mati berjumpa dan berinteraksi
dengan "jasad" orang yang masih hidup�." (rujuk kitab `Ar-Ruh oleh
Ibn al-Qayyim)
WA
http://al-ahkam.net/home/index.php?
name=MDForum&file=viewtopic&t=34569&postdays=0&postorder=asc&start=45
&sid=64d10d71c9e41a 14b174039136fba2 c9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment