ctumi2000 ctumi2000@yahoo.com
Quote:
Boleh tak ustaz jelaskan sedikit bab wali songo ni. Mereka tu famous
semacam disebabkan apa? Dan adakah apa yang mereka lakukan itu
Islamik ataupun apa ya? Harap pencerahan dan Jzkkllah terlebih dulu.
Tentang wali songo�..hmmmm ,
Sebenarnya ummi , saya pun tak berapa tahu sangat kisah wali songo
ni ,cumanya yang paling popular ialah kisah bagaimana salah seorang
daripada wali songo (Sembilan) tu adalah orang yang bertanggungjawab
memperkenalkan bacaan Yasin pada malam jumaat kepada masyarakat
Indonesia yang pada ketika itu selalu melakukan amalan khurafat pada
setiap hari khamis malam jumaat.Sebab ianya digantikan dengan bacaan
yasin malam jumaat�..Dan tabiat tersebut terus kekal hingga ke hari
ini�.
Secara ringkasnya ummi , wali songo adalah Sembilan orang wali yang
dianggap oleh masyarakat setempat sebagai ajen pembawa perubahan
pada ketika itu. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel,
Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan
Kudus, Sunan Muria, serta Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pada
zaman yang bersamaan. Namun antara satu sama lain mempunyai kaitan
yang erat, samada dalam ikatan darah ataupun dalam hubungan guru-
murid. . Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu
masyarakat pada masanya. Mereka memperkenalkan berbagai bentuk
peradaban baru: bermula dari sudut kesihatan, bercucuk tanam,
berniaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hinggalah kepada
tatacara pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua
institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri,
peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara.
Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam
budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka
adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa.
Tentu banyak tokoh lain yang juga berperanan. Namun peranan mereka
yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga
pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah
secara langsung, membuat "sembilan wali" ini lebih banyak disebut
berbanding yang lain. .
WA
____________ _____
http://al-ahkam.net/home/index.php?
name=MDForum&file=viewtopic&p=103912&highlight=&sid=64d10d71c9e41a14b
174039136fba2c9#103912
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment