ctumi2000 ctumi2000@yahoo.com
dr seorang sahabat...
Anak Kecil Dan Seketul Batu
Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah
perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia
memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ;
anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat
mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan
berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya
dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus
memarahi anak kecil tadi :
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu
kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia
merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di
sini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak
jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari
tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya
kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu
berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil
tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia
dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat
dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh
mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek
teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya
bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini
sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara
http://bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?p=215451#215451
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment