Saturday, January 5, 2008

Siri Tafsir - Surah Al-An'am, 17-19

umar faruqi faruqi03@yahoo.com

Posted on Friday, January 04 @ 07:33:43 MYT by SongkokPutih
Bicara Agama Oleh tinta_kaseh


"MiskinDi sini kita melihat ketegasan Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Baginda junjungan bersikap tegas dalam menegakkan kebenaran. Baginda junjungan dengan berani menolak pendirian yang dipegang oleh pihak yang berkuasa di negeri Mekah pada masa itu; yang terbukti mampu mampu dan mahu menggunakan kekuasaan mereka untuk menghukum atau menyakitinya.



Malah, baginda tidak pula merasa perlu untuk jadi pengampu dan pembodek kepada pihak penguasa Mekah semata-mata untuk menyelamatkan diri dan meletakkan kehidupannya di dalam keadaan selesa.

ٍSIRI TAFSIR

Kitab: Safwatut Tafasir / Pengarang: Mohd Ali As Sobuni/
Jilid 1 / Muka surat 370

Surah Al-Ikhlas (Surah: 6 / Ayat: 17-?)

(17) و إن يمسسك الله بضر فلا كاشف له إلا هو
Maksudnya; Jika sekiranya diturunkan dengan engkau kesusahan dari kemiskinan, kesakitan; maka tiada ada yang dapat mengangkat atau menolaknya melainkan Dia, dan tiada yang memilik perlepasannya melainkan Dia�

و إن يمسسك الله بخيرفهوعلى كل شئٍ قدير�

Maksudnya; Dan jika datang ke atas kamu dengan kebaikkan dari kesembuhan atau nikmat; maka tidak ada yang menolak baginya, kerana hanyalah Dia sahaja yang dapat menyampaikan kebaikkan atau kejahatan.
Disebut di dalam kitab Tashil: Ayat ini adalah hujjah di atas keEsaan Allah di dalam memudharatkan atau sebaliknya.

وقال صلى الله عليه و سلم لأبن عباس: "يا غلام! إحفظالله يحفظك، إحفظ الله تجده تجاهك، تعرف إلى الله فى الرخاء يعرفك فى الشـدة، إذا سألت فاسـأل الله، و إذا اسـعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشئ لم ينفعوك إلا بشئ قد كتب الله عليك، و إن اجتمعوا على أن يضروك بشئ لم يضروك إلا بشئ قد كتب الله عليك، و رفعت الأقلآم و جفت الصحفُ".

(رواه إمام أحمد و الترمذى و الحاكم)

Bersabda Rasulullah sallahu alaihi wasallam kepada Ibnu Abbas: �Wahai budak� Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapati Dia menjadikan engkau hebat. Dekatkanlah diri kepada Allah ketika engkau senang, nescaya Dia akan mengingati engkau di dalam kesusahan. Apabila engkau mahu meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau mahu meminta pertolongan, maka mohonlah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah� Jika suatu umat bersatu untuk menyampaikan sesuatu kebaikkan kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat menyampaikannya; kecuali sesuatu yang sesungguhnya telah dituliskan oleh Allah bagi engkau. Dan jika suatu umat bersatu untuk menyampaikan sesuatu kemudharatan kepada kamu, nescaya mereka tidak akan dapat menyampaikannya; kecuali sesuatu yang sesungguhnya telah dituliskan oleh Allah bagi engkau. Dan telah diangkat pena dan kering dakwat�. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Turmuzi dan Al-Hakim)

(18) و هو القاهر فوق عباده...

Berkata Ibnu Kathir; Maksudnya, Dialah Tuhan yang tunduk kepadaNya seluruh manusia dan menghinakan diri kepadaNya akan orang-orang yang sombong.

...و هو الحكيم الخبير

Dan Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana (الحكيم) dan Maha `Pakar� pada setiap apa yang dilakukan atau dikerjakannya.

(19) قل أى شىءٍ أكبر شـهادة...

Maksudnya; Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad: �Apakah (atau siapakah) saksi yang terlebih besar (untuk membuktikan kebenaran yang engkau bawa itu?��..

Di dalam ayat ini, Allah subhanahu wata�ala mengajar serta memerintahkan Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam agar terlebih dahulu cuba menjangka keraguan atau kekeliruan yang kemungkinan besar akan ditimbulkan oleh mereka? (Penyusun)

...قل الله شهيد بينى و بينكم...

Maksudnya; Jika mereka bertanya atau pun sebelum mereka bertanya, jawablah: �Allah, Dia yang menjadi saksi di antara aku dan kamu�.

Dialah yang menjadi saksi di atas kebenaran risalah yang aku bawakan ini. (Penyusun)

...و أوحى إلىَّ هذا القرآن لأنذركم به و من بلغ...

Maksudnya; Dan diwahyukan kepadaku al-Quran ini untuk memberikan peringatan kepada kamu dengannya, wahai penduduk Mekah; dan juga menjadi peringatan kepada setiap orang yang sampai kepadanya akan al-Quran dari kalangan orang Arab dan yang bukan, sampailah kepada hari Qiyamat.

Dr Hamka, di dalam mengulas isi ayat ini ada menggambarkan bagaimana penjajah barat telah menggunakan semangat nasionalisme sebagai usaha untuk, diperingkat awalnya menjauhkan umat Islam dari al-Quran; manakala diperingkat akhirnya pula umat Islam tidak lagi dapat memahami isi al-Quran itu. Sehubungan dengan ini, di antaranya Dr Hamka ada menyebutkan: ��Sejak pengaruh panjajahan Barat masuk ke negeri-negeri Islam 300 tahun terakhir, bangsa penjajah berusaha menanmkan perasaan kebangsaan, membela bangsa sendiri dengan arti beransur-ansur menanamkan perasaan anti kepada Bahasa Arab�. Sedangkan, sebelum itu, menurut Dr Hamka, bahasa Arab dikuasai oleh semua bangsa dan bukan hanya dikuasai oleh bangsa Arab.

Menurut riwayat yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaih dan Abu Na�im dan al-Khatib, daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu, berkata Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

من بلغه القرآن فكأنما شـافهته به �Barangsiapa yang telah sampai kepadanya al-Quran, samalah ertinya bahawa dia telah melakukan perbualan dengan Tuhan�.


Di dalam riwayat yang lain pula: من بلغه القرآن حتى يفهمه ويعقـله كان كمن عاينَ النبىَ صلى الله عليه و سلم �Barangsiapa yang telah sampai kepadanya al-Quran, lalu dia memahamkannya serta memerhatikannya dengan mendalam; samalah ertinya dengan orang yang telah melihat Nabi sallallahu alaihi wasallam dengan mata kepalanya sendiri serta bercakap-cakap dengannya�.

...أئنكم لتشهدون أن مع الله آلهة أخرى...

ٍPertanyaan di sini adalah untuk mencela atau menempelak. Maksudnya; Adakah kamu wahai orang-orang musyrikin, tetap dengan pendirian kamu dengan tuhan-tuhan selain Allah? Bagaimana kamu boleh mempersaksikan bahawa adanya tuhan-tuhan selain Allah setelah terangnya dalil-dalil dan tegaknya hujjah di atas keEsaan Allah?

...قل لهم لا أشهد...

Maksudnya; Katakanlah kepada mereka: �Aku tidak mahu menjadi saksi di atas perkara yang semacam itu!�

...قل إنما هو إله واحد... Maksudnya; Katakanlah lagi wahai Muhammad: �Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Allah itu Esa!

...و إننى بريء مما تشركون

Maksudnya; Katakanlah lagi wahai Muhammad: �Dan aku berlepas diri dari berhala-berhala ini.

Di sini kita melihat ketegasan Rasulullah sallahu alaihi wasallam. Baginda junjungan bersikap tegas dalam menegakkan kebenaran. Baginda junjungan dengan berani menolak pendirian yang dipegang oleh pihak yang berkuasa di negeri Mekah pada masa itu; yang terbukti mampu mampu dan mahu menggunakan kekuasaan mereka untuk menghukum atau menyakitinya.

Malah, baginda tidak pula merasa perlu untuk jadi pengampu dan pembodek kepada pihak penguasa Mekah semata-mata untuk menyelamatkan diri dan meletakkan kehidupannya di dalam keadaan selesa.

�..(Akan bersambong ke ayat selanjutnya, insya Allah)�
Dijemput melayari:

http://www.aba-muiz.blogspot.com/

No comments: