"ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com
22 Okt 2007
Ust Dr Abdullah Yasin
�� ������� �� ���� �� �����:
���� �������� ������� ����� ������ ����� �������� ��������� ������: ����� ���� �� ������� ��������� �����������
����������� ���� ���������� � �������� �������� ��������� �������� ������������ ����� ���� ���� ������ ��������
�������� �������� �������� ��������� � ���������� � ����������� �������� ����� � ��������� ����������
(���� ����)
Terjemahan:
Daripada Abdullah Bin `Amr Bin Al-`Ash, katanya: Aku mendengar
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah
tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya,
tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan `ulama (orang-orang `alim)
sehingga jika tidak ada lagi seorang `alim pun maka manusia akan
mengangkat Juhalaa' (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka.
Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu,
(akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain.
(Muttafaq `Alaih = HR Bukhari dan Muslim)
Uraian Hadis:
Dalam hadis Sahih di atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam)
telah menjelaskan bahwa cara Allah SWT mengangkat ilmuNya daripada
muka bumi ini bukanlah dengan mencabutnya dari ingatan hamba-
hambaNya sehingga mereka menjadi lupa dan akhirnya jahil. Tetapi
caranya ialah dengan mematikan para `Ulamanya.
Sehingga bila orang `alim sudah pupus, maka manusia akan mengangkat
pemimpin-pemimpin mereka yang jahil. Dan jika pemimpin yang jahil
itu ditanya maka mereka akan mengeluarkan fatwa tanpa berlandaskan
ilmu dan hujjah yang benar. Akhirnya bukan saja mereka (pemimpin)
itu akan sesat tetapi mereka juga akan menyesatkan orang lain.
Demikianlah keadaan akhir zaman sebagaimana yang telah dibayangkan
oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dalam hadisnya:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah ilmu akan
dicabut dan kejahilan pula akan merata".
(HR Bukhari)
Islam Agama Ilmu Dan Yakin:
Agama Islam diasaskan di atas keyakinan. Dan keyakinan mestilah
berasaskan ilmu. Keyakinan yang terbena bukan atas dasar ilmu boleh
membawa kepada kepalsuan dan terdedah dengan kesesatan. Dan ilmu
yang meyakinkan tanpa diragukan sedikitpun, lebih-lebih lagi jika
menyangkut prihal akidah dan cara kita ibadah untuk mendekatkan diri
kita kepada Allah yang Maha Ghaib ialah segala yang datang daripada
Allah dan RasulNya. Hanya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam)
manusia yang mempunyai autoriti (kuasa) bagi umat akhir zaman ini
untuk menentukan bagaimana cara kita bertaqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah SWT.
Jika seseorang meyakini bahwa ada hidayah (petunjuk) yang lain dan
lebih baik daripada hidayah Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam)
maka rosaklah akidah orang tersebut. Bukan saja akidahnya rosak,
malahan amalannya juga akan ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
"Barangsiapa yang melakukan amalan tidak sebagaimana yang kami
perintahkan maka (amalan itu) tertolak (mardud).
(HR Imam Muslim)
Antara Taqlid Dan Ittibaa':
Taqlid maknanya mengikuti pandangan seseorang atau mazhab tanpa
mengetahui dalil-dalilnya. Dengan kata lain mengikuti secara membuta
tuli. Sedangkan Ittibaa' pula ialah mengikuti pandangan seseorang
atau mazhab dengan mengetahui dalil-dalilnya. Dengan kata lain
mengikuti dengan ilmu atau berasaskan dalil atau nash-nash.
Berdasarkan ta'rif di atas nyatalah bahwa derjat Muttabi' (orang
yang ittiba') adalah lebih tinggi daripada Muqallid (orang yang
taqlid).
Ta'ashshub Mazhab:
Tidak ada salahnya kta mengikuti pandangan Imam-imam mazhab.
Pandangan mereka perlu kita hormati karena mereka bukan sembarangan
manusia. Ilmu mereka sangat mendalam. Namun demikian kepatuhan
kepada mereka ada batasannya dan jangan keterlaluan sampai mengatasi
kepatuhan kepada Nabi Muhammad.
Apakah Hukum Talfiq?
Talfiq menurut Fuqahaa (Ahli Fekah) dan Ushuluyin (Ahli Ushul)
maknanya: menghimpunkan beberapa pendapat daripada mazhab-mazhab
yang berbeda tentang sesuatu ibadah dan mengamalkannya bersama-sama.
Talfiq ada dua jenis:
1. Talfiq yang tercela
2. Talfiq yang terpuji.
(1) Talfiq yang tercela iaitu jika kita hanya mengikuti
pandangan seseorang atau suatu mazhab hanya berasaskan taqlid secara
membuta tuli tanpa mengetahui dalil-dalilnya. Dan Talfiq jenis ini
adalah dilarang dalam Islam dan bercanggah dengan wasiat imam-imam
mazhab di atas.
(2) Talfiq yang terpuji jika kita mengikuti pandangan
seseorang atau suatu mazhab dengan berasaskan dalil dan hujjah-
hujjah tertentu. Talfiq jenis ini diperbolehkan karena kita memang
disuruh supaya mengikuti mana pandangan yang lebih baik. Allah SWT
berfirman:
"Sampaikanlah berita gembira itu kepada hamba-hambaKu yang
mendengarkan perkataan (Al-Quran dan Al-Hadis) lalu mengikuti apa
yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah
diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai
akal".
(Az-Zumar :17-18)
Kesimpulan:
Islam agama yakin dan ilmu dan hujjah, bukan agama sangkaan atau
warisan neneka moyang atau taqlid buta. Keyakinan yang tidak dibena
di atas hujjah adalah keyakinan palsu.
Kita wajib hormati pandangan para Imam Mazhab. Ijtihad mereka akan
mendapat ganjaran Allah walaupun salah. Hanya saja kita dilarang
mematuhi pandangan mereka jika nyata-nyata bercanggah dengan
ketetapan Allah dan RasulNya.
Talfiq (mengamalkan pandangan beberapa mazhab) diperbolehkan
sekiranya berdasarkan dalil yang kokoh. Sedangkan Talfiq hanya atas
dasar taqlid adalah dilarang dan tercela.
Kitab Rujukan:
Tafsir Adhwaa-ul Bayan Jld. VII � Syekh Amin Syanqithy
Syarhus Sunnah Jld. I � Ibnu Ma'uud Al-Baghaawy
Al-Rukhshah Wal `Azimah � Mohammad Ibrahim Syaqrah.
http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=270&action=view
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment