Salam,
Masjid adalah rumah Allah dan siapa yang mencintai Allah tentu dia menyukai rumah Nya dan sering mengunjungi nya
Firman Allah s.w.t
"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk beribadah kepada Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah".
(Soorah al Jin ayat 18)
Bayangkanlah ... tamu yang berada di tempat orang-orang mulia atau di rumah orang-orang yang dihormati, dia akan mendapat kepemurahan serta kemuliaan dari tuan rumah. Jadi, bagaimana kalau dengan Yang Maha Mulia Tuham Semesta Alam pula???
Sabda Nabi s.a.w.
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda menerusi hadis qudsi: "Sesungguhnya rumah-rumah Ku di bumi Ku ialah masjid-masjid, dan sesungguhnya pengunjung-pengunjung Ku di dalamnya ialah orang-orang yang memakmurkannya. Beruntunglah orang yang bersuci di dalam rumahnya, kemudian dia mengunjungi Aku di dalam rumah Ku. Maka wajiblah atas orang yang dikunjungi memuliakan orang yang mengunjunginya (tamunya)".
(Hadis riwayat Abu Nu'aim)
Jadi, tidak diragu-ragukan lagi bahawa kemuliaan yang paling besar dan pemberian yang paling bernilai adalah kelazatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang yang menghampirkan diri kepada Nya atau kemanisan munajatnya. Malah, Allah akan menganugerahi orang tersebut dengan penyaksian iman.
Sabda Nabi s.a.w lagi,
Maka diriwayatkan daripada Abu Sa'id al Khudri r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya,: "Jika kamu melihat seseorang terbiasa (hadir) di masjid, maka saksikanlah bahawa dia seorang yang beriman. Allah s.w.t. berfirman: "Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian .. [hingga akhir ayat (9:18)] ".
(Riwayat Tirmizi)
... dari siri kuliah Adab Sopan Dalam Islam

No comments:
Post a Comment