Sunday, February 10, 2008

Keistimewaan al-Qaradawi

"ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com

Keistimewaan al-Qaradawi
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali

1.Ketajaman akal dan pandangan yang bernas

Sebagai seorang pendakwah, al-Qaradawi mempunyai ketajaman akal dan
pandangan yang bernas dalam mengutarakan sesuatu isu dan
menyelesaikannya dalam konteks masyarakat kini. Perkara ini dapat
dilihat dalam penulisan-penulisan beliau terutama mengenai gerakan
Islam dan keutamaannya dalam menghadapi arus globalisasi. Dalam buku
Fiqh al-Awwalawiyyat, al-Qaradawi menghuraikan keutamaan dengan
mengambil contoh dari al-Quran, al-sunnah serta para pendakwah
sepanjang zaman.

Beliau menghuraikan perkara ini dengan jelas dan mudah sehingga
mencengkam jiwa pembacanya. Walaupun perkara keutamaan ini telah
dinyatakan dalam al-Quran tetapi ia semakin diabaikan sehingga al-
Qaradawi menulis buku ini untuk menyedarkan peranan yang perlu
dipikul oleh umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi juga mengakui
peranan akal dalam islam. Beliau menyatakan dalam bukunya al- Ilm wa
al-`Aql fi al-Islam (Ilmu dan akal dalam Islam) yang menerangkan
kedudukan akal dan Islam memuliakan akal dengan mengiktirafkan
ijtihad sebagai salah satu hukum yang diputuskan akan mendpat pahala
sama ada betul atau salah. Walaupun begitu akal harus dibimbing oleh
wahyu.

2.Sasterawan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang sasterawan dan sejak kecil lagi
beliau menulis rangkap syair-syair Arab.Beliau amat menyukai syair
yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan. Al-Qaradawi juga mempunyai
buku syair yang berjudul Nafahat wa lahahat, dan al-Muslimun al-
Qadimun. Syair yang pertama ditulis ialah bertajuk Safarat al-
indhar. (Bunyi sirene) Syair itu menggambarkan sebuah zaman yang
ditimpa peperangan. Apabila masyarakat mendengar bunyi sirene pada
malam hari, maka sekilas itu mereka mematikan seluruh lampu.
Sedangkan jika mereka mendengarnya di siang hari, mereka akan
tergegas-gesas bersembunyi. Syair ditulis semasa beliau berada di
tahun Dua Menengah Rendah, Maahaad Agama Tanta. Antara syairnya
ialah syair yang ditulis dalam buku kisah Yusuf al-Siddiq yang
berbunyi :

Wahai engkau yang disingkirkan oleh gelapanya malam, hadapilah ia
dengan kesabaran,
Kerana siang dan malam akan selalu bergantian
Lihat cuaca yang dapat cerah kembali meskipun awan telah
menyelimutinya
Dan malam akan berakhir dengan datangnya cahaya pagi hari
Lihatlah Yusuf yang dengan tangannya berhasil menguasai Mesir
Padahal sebelumnya ia adalah penghuni penjara.

Dalam penjar Tur, Yusuf al-Qaradawi dan rakan-rakannya sering
menghiburkan hati mereka dengan syair Mustaf Sadiq al-Rafi'I yang
berjudul al-`Arubah. Rangkapnya berbunyi antara lain :

Wahai Tuhan kami, hanya padaMulah kami menyeru
Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaanMu
Kami tidak akan ridha dengan yang lain, kecuali engkau meridhainya.

Al-Qaradawi menulis rngkap syair khusus buat Hassan al-Banna iaitu :

Bagimu wahai pemimpinku, wahai guru yang mulia
Wahai orang yng membawa cahaya pada zaman kegelapan
Wahai pembimbing dunia yang mengikuti manhaj Nabi Muhammad
Wahai orang yang memiliki sifat generasi Dar al-Arqam
Engkau telah meninggalkan Islam dengan gagah berana, ia tidak
memiliki
Anak kecuali para generasi muslim,
Engkau telah menuliskan kepda dunia akan benarnya sebuah
pertolongan,
Dan engku menolaknya sampai menyiramnya dengan darah sendiri.
Mereka mengira bahawa engkau telah meninggal, padahal engkau tetap
hidup di tengah-tengh kami,
Tidak pernah ada yang mati kecuali diktatator sang pelaku kejahatan.
Mereka mengira bahawa engkau telah tiada, padahal engkau nampak di
tengah-tengah kami
Kami akan berjuang dengan manhajmu di seluruh pelusuk bumi yang fana.
Tidurlah di sisi Tuhanmu yang Maha Memberi Pemberi Petunjuk
Engkau telah mendirikan sebuah bangunan tak mungkin keruntuhan
Rasa cinta terhadapmu akan tetap tertulis dalam sanubari kami
Cahayamu akan selalu ada dalam hati dan namamu selalu ada pada mulut
kami.

Al-Qaradawi mengambarkan penjara Tur sebagai tempat perkhemahan
abadi bagi peningkatan peribadi anggoa Ikwan hingga tahun 1949.
Rangkap syair tersebut berbunyi :

Wahai manusia, saat ini sejarah telah menjadi bukti perjuangan kami
Saat ini kebenaran telah nampak bagi sesiapa saja yang mahu
melihatnya
Sesungguhnya kami telah melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan
Dan kebenaran ini dapat dibuktikan dengan beribu dalil
Mereka telah menganggap kami tiada, sehingga kami bertanyanya,
`kemanakah air mengalir'
Padahal ia menghidupkan (tumbuhan) yang telah mati dan
Memberi minum mereka yang kehausan
Mereka berkata,'Ke Penjara Tur'.maka kami katakana,'Ya, sekarang
rumah Ikhwan telah terbuka
Untuk menghimpun kami sebagai satu saudara di jalan Allah
Di sanalah kami memutuskan segala sesuatu yang ditajuti musuh kami
Ia adalah sebuah musalla tempat kami membersihkan diri
Ia juga adalah sebuah tempat yang bersih yang menjadi tempat kami
menguatkan badan
Ia juga adalah sebuah tempat perlatihan untuk menyiapkan
Kami sebagai bala tentera dalam menghadapi sebuah peperangan
Dan ia adalah sebuah lembaga pendidikan tempat kami lebih banyak
mengenai kebenaran
Jika kami dilarang berkumpul lebih dari empat orang
Maka ia akan menghuni belantara penjara Tur yang penuh serigala
Mereka memasukkan ke dalam Tur agar tersiksa dan terasing
Tetapi atas nikmat Allah bagi kami, ia adalah sebuah taman
Inilah Tur yang mereka inginkan agar kami menjadi terhina
Padahal di sana pula, Tuhan kami berkenan menambahkan keimanan
pada jiwa kami.

3.Spiritual yang tinggi

al-Qaradawi seorang yang mempunyai sifat kerohanian yang
tinggi.Sifat ini semestinya ada bagi seriap orang yang berada dalam
medn dakwah. Kerohanian ini akan memancarkan ketulusn yang suci
kepada Allah dan menambhakn keimanan. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa
penjara Tur telah bayak memberi latihan dan pengjaran kepada
golongan Ikhwan untuk meningkatkan amalan kerohanian terutama dalam
bulan Ramadhan. Di sini juga, mereka mengamalkan mathurat setiap
solat Subuh dan Maghrib.

4.Kesetiaan kepada rakan

Al-Qaradawi amat seti kepada kwan sejak kecil lagi. Perkenalan
beliau dengan Muhammad Damardasy Murad sejak di Mahaad Tanta dn
tinggal serumah.al-Qaradawi menyifatkan Muhammad Damrsay sebagai
teman baik dalam pelajaran, di rumah maupun dalm medan dakwah.
Beliau adalah sahabat al-Qaradawi yang banyak mengetahui sifat
keperibadian al-Qaradawi secara mendalam. Dalam Ikhwan, al-Qaradawi
lebih mengenali banyak rakan-rakn seperti Abdul Wahab Battanuni,
Ahmad Asal dan Sayyid Sabiq.

Kesetiaan beliau terhdap sahabat dapat dilihat dengan beliau
mengarang buku tenatng perhubungan persahabatan dengan Muhammad al-
Ghazali lebih dari 50 tahun. Begitu juga beliau mengarang buku
tentang perhubungan persahabatan dengan al-Nadwi sejak mula al-Nadwi
melawat Mesir pda tahun 1951 Beliau juga menulis ucapan takziah
kepada sahabat-sahabatnya yang telah meninggal dunia.Ucapan- ucapan
takziah itu dikumpulkan menjadi satu buku yang bertajuk fi wada' al-
`alam. Antara ucapan takziah yang diberikan oleh al-Qaradawi iaitu
Anwar al-Jundi, Ali Tantawi, Adil Husain, Muhamad Qutbah, Abdul
Halim Abu Shaqah, Abdul Aziz bin Baz, Sayyid Sabiq, Mustafa al-
Zarqa', Jadul Haq Ali Jadul Haq, Muhammad al-Ghazali , Abdullah al-
Ansari dan Abdullah bin Zaid al-Mahmud.

Sumber-Sumber Pemikiran Dakwah Al-Qaradawi

Al-Qaradawi dalam mengutarakan pandangannya mengambil sumber-sumber
asasi sebagai titik tolak dalam karyanya dan pemidatoannya. Sumber-
sumber tersebut ialah :

1. Al-Quran
al-Qaradawi menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam
pemikiran, tulisan sama aada dalam bidang fatwa dan dakwah. Perkara
ini jelas dalam bukunya seperti al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
(halal haram dalam Islam), al-fatawa al-Mu'asarah (fatwa-fatwa
semasa) dan Fiqh al-awlawiyyat (Fiqh Keutamaan). Beliau membawa
dalil-dalil dari al-quran sebagai hujah yang utama. Al-Qaradawi
sendiri mengakui bahawa al-Quran merupakan sumber utama dalam
kehidupan seorang muslim. Dalam buku Marji'riyyat al-Ulya fi al-
Islam (Rujukan Utama dalam Islam), al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-
quran dan al-sunnah merupakan dua sumber utama dalam perundangan
Islam, akidah, ilmu pengetahuan, ibadat, perundangan, akhlak, adab
dan keseluruhan bidang kehidupan dengan memahaminya dengan kefahaman
yang betul.

2. Al-sunnah
al-Sunnah merupakan sumber kedua selepas l-qurn.Beliau sentiasa
mengambil hujah-hujhserta dalil-dlil dari al-sunnah dalm menerangkan
makna-makna al-Quran. Beliau juga mempertahankan al-sunnah daripada
golongan yang ingin menghapuskannya sebagai sumber utama Islam.
Sebagai contoh fatwa yang membolehkn seseorng itu bersembahyang
dalam gerej jika tidak ad temapt yang lain berdasarkan hadith nabi
yang menyebutkan bahawa Allah menjadikan bumi ini masjid dan bersih.
Sekiranya umat aku ingin mengerjakan solat, maka boleh dilakukannya.
Al-Qaradawi mengambil hadith ini sebagai hujah dan sumber dalam
mengeluarkan fatwanya iaitu mengharuskan mengerjakan solat di gereja
selagimana ia jauh dari syubhat dan kekotoran. Al. Qaradawi
menyebutkan penyelesaian permasalahan feqah dalam mana-mana mazhab
mesti merujuk kepada al-sunnah. Oleh itu para fuqaha telah
menjadikan al-sunnah sebagai sumber kedua perundangan Islam selepa
al-Quran dalam kitab-kitab mereka termasuk mazhab Daud dan Ibn Hazm
al-Zahiri yang mengingkari Qias dan golongan Abu Hanafiah yng
dikenali sebagai madrash al-ra'yu.(aliran ynag berdasarkn akal)

3.Kisah-Kisah Sejarah.

Al-Qaradawi sering kali membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan
manusia khususnya ketamdunan Islam. Beliau membaw contoh-contoh
kisah sejarah sebagai iktibar dn pengajaran untuk umt Islam. Sebagai
contoh al-Qaradawi telah membawa kisah Qarun yang melampaui batas
dan melakukan kezaliman keapada kaum dn tidak bersyukur atas
kurniaan Allah. Beliau juga memberi contoh kisah kaum `Ad yang
sombong dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Begitu juga
dengan kisah kaum Lut yang melakukan perbuatan keji. Akhirnya mereka
dihancurkan oleh Allah.

4.Ilmu-Ilmu Agama dan Ilmu-Ilmu Kemanusian.

Dalam bukunya Thaqafah al-Da'iyyah (Pengetahuan Para Pendakwah) al-
qaradawi telah menyebutkan keperluan pendakwah menguasi ilmu-ilmu
Islam, ilmu sejarah,ilmu kemanusiaan, ilmu kesusasteran dn
bahasa.Oleh demikian, kita dapti beliau menjadikn ilmu agama dan
ilmu kemanusian sebagai asas dalam pemikirannya. Di samping itu
juga, beliau adalah graduan kuliah Usuluddin iaitu kuliah yng
mengajar pelbagai ilmu seperti akidah, falsafah, tafsir, hadith,
fiqh dan usul fiqh. Ilmu-ilmu tersebut terdapat dalam dirinya
sebagai persiapan dalam medan dakwah. Penguasaan dalam ilmu
kemanusiaan jelas terbukti dalam karyanya Islam hadarah al-ghad.
Dalam buku ini beliau mengambil pandangan Alex Lord, Henry land dan
Graudi yang menyebutkan kepincangan dunia barat.

5.Realiti dan Keutamaan

al-Qaradawi sentiasa melihat realiti dan keutamaan dalam
menyampaikan dakwahnya. Dalam mengemukakan sesuatu isu, al-Qaradawi
akan melihat keutamaannya. Dalam mukadimah buku al-`Aql wa al-`ilm
(Akal dan Ilmu), beliau menjelskan sebab beliau menangguhkan buku-
buku yang berkaitan dengan tafsir bertema dan lebih menumpulan
mengenai isu-isu semasa yang merupakan lebih utama ditulis pada
waktu itu. Al-Qaradawi menulis buku khusus tentang keutamaan dalam
dakwah dan pemikiran iaitu buku yang berjudul Fiqh al-awwalawiyyat.
(Memahami fiqh Keutamaan). Beliau menerangkan tuntutan keeutamaan
dalam al-Quran dan al-sunnah dan sebab kehilangan keutamaan dalam
kehidupan kita kini.Beliau juga membawa contoh-contoh ulamak yang
melaksanakan dakwah mengikut keutamaan.

Beliau menggabungkan kelima-lima ciri tersebut dalam menyampaikn
dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam
menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang mudah.
Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam.


http://www.abim. org.my/madani/ content/view/ 142/2/

No comments: