"ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com
Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi
Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan
kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah
Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu,
Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di
Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di
Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-
Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang
sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn
bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad
Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati
ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari
itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-
Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah
Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis
dengan baik dan asli.
Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-
Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga
membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-
ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-
Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan
oleh al-Banna.
Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai
asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi
menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang
bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat
realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-
Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia
berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.
Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti
Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh
tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan
Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih
memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng
dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan
sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.
Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab
mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan
ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering
menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah
yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku
yang berjudul tazkirah al-du'at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-
Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah
yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih
adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina
Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad
Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni.
Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh.
Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan �amalan
kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang
sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-
Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi
masih lagi menuntut di Tanta.
Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah
Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan
ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya
seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai
hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi
Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang
mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-
rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul
Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada
tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-
Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-
Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.
Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan
Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad
Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith,
Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi'i al-Zawahiri,
guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang
ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.
Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak
mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau
bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi
ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan
rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau
menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya
mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta
tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada
Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya
hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya
kagumi.
Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh
Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah
berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi
mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang
mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau
menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan
al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-
Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.
Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering
menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan
bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu
Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang
dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn
Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada
pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran
pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn
Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia
tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu
sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-
orng terdahulu daipada mereka.
Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan
mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu
tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara
kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar
kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi
telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang
terlalu muda.
http://www.abim. org.my/madani/ content/view/ 102/2/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment