"ctumi2000" ctumi2000@yahoo.com
CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT Petikan
dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit
(Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,
gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat
orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang
boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak
menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang
cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak
bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh
menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan
takwa.
PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,
berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar
di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan
berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki
tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang,
malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang
kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan
bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati,
sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu
yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang
memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment